LIPIS: Kerajaan Pahang menyarankan pemaju Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang di negeri itu membina surau bagi kemudahan penduduk di setiap taman perumahan yang dibangunkan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan rumah ibadat tersebut dilihat tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat walaupun ia tidak termasuk dalam pelan pembangunan projek berkenaan.
"Kita memahami harga rumah PR1MA sudah murah, jadi kita fikir pemaju mempunyai keuntungan yang sikit. Bila kita suruh buat surau dan sebagainya mungkin mereka (pemaju) tidak mahu jadi kita akan cari kaedah (yang sesuai).
"Selepas ini juga, kita mungkin akan meletakkan salah satu syarat kepada pemaju perumahan untuk membina surau," katanya selepas Majlis Penyerahan Kunci Projek PR1MA Pahang Perumahan Makmur Kuala Lanar Jaya (Fasa 2) dan Majlis Penyampaian Sumbangan mengimarahkan Bulan Ramadhan 1444H di sini hari ini.
Pada majlis itu juga, Wan Rosdy mengumumkan kelulusan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi membina surau di kawasan projek PR1MA Pahang Perumahan Makmur Kuala Lanar Jaya (Fasa 2).
Dalam pada itu Wan Rosdy berkata, projek PR1MA Pahang merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri.
Menurutnya, projek itu dilaksanakan bagi membantu mereka membeli rumah dengan harga RM150,000 berbanding harga pasaran lebih RM300,000.
"Kita turut menyediakan Rumah Rakyat Pahang (RRP) setelah memikirkan ada yang tidak mampu membeli rumah berharga RM150,000 selain mereka juga tidak mampu untuk memiliki Rumah Makmur.
"Jadi, kita ambil pendekatan melaksanakan RRP yang diberikan secara percuma namun ia dibuat secara berperingkat dan untuk tahun ini setiap kawasan DUN akan mendapat lapan buah rumah RRP," katanya.
Norfarhiza Mohd Atar
Sat Mar 11 2023
Wan Rosdy berkata, projek PR1MA Pahang merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri. - Foto Astro AWANI
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
PR1MA rancang perkenal rumah pintar, mesra alam
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang memberikan nilai tambah dalam pembangunan projek perumahan mampu milik menerusi pengenalan rumah pintar dan berkonsepkan mesra alam.
KPKT laksana pelbagai inisiatif galakkan perbandaran mampan - Nga
Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil pendekatan dengan melaksanakan beberapa inisiatif sebagai usaha utama bagi menggalakkan perbandaran mampan.
Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun
Pembinaan hasil kerjasama agensi perumahan di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pemaju swasta.
KPKT umum pembinaan PPR Bestari Jaya, selesai masalah perumahan lima ladang di Selangor sejak 1998
KPKT mengumumkan pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bestari Jaya bagi menyelesaikan isu perumahan yang dihadapi 245 keluarga peneroka.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.
Bandar PR1MA pertama dilancarkan tahun ini - Nga
Bandar Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) pertama di negara ini yang dibina di Teluk Intan, bakal dilancarkan tahun ini.
COP28: Urbanice Malaysia, PR1MA Corporation Malaysia jalin kerjasama dengan UN-Habitat, Masdar City
Kolaborasi itu melibatkan Urbanice Malaysia dan UN-Habitat serta PR1MA Corporation Malaysia dan Masdar City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pelancaran Bomba Komuniti PR1MA untuk beri latihan asas kepada penduduk - Kor Ming
Program Bomba Komuniti PR1MA dilancar bertujuan memberi latihan kebombaan asas kepada penduduk, bagi mempersiapkan diri sekiranya berlaku kecemasan di residensi mereka.
KPKT peruntuk RM308 juta untuk tiga PPR baharu di Perak - Nga
KPKT memperuntukkan RM308 juta bagi pembangunan tiga projek PPR baharu di Perak membabitkan 1,200 unit kediaman di tiga kawasan Parlimen.
'Ada orang menyamar jadi ejen PR1MA' - MP Alor Setar
Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan penyamaran ejen itu merupakan satu perbuatan jenayah.