awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemakaian pelitup muka di sekolah tidak diwajibkan - Radzi Jidin

Sinar Harian
Sinar Harian
10/09/2022
07:26 MYT
Pemakaian pelitup muka di sekolah tidak diwajibkan - Radzi Jidin
Mohd Radzi berkata, bagi kanak-kanak yang menaiki pengangkutan awam ke sekolah seperti bas dan van diingatkan supaya memakai pelitup muka.- Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka sama ada di dalam atau luar bangunan kawasan sekolah.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin berkata, pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing susulan pengumuman ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.
“Ingin saya jelaskan bahawa pemakaian penutup muka dalam atau luar bangunan di kawasan sekolah adalah mengikut pilihan masing-masing. Tidak diwajibkan.
“Namun begitu, kita amat galakkan pemakaian penutup muka dalam kawasan sekolah khususnya di tempat-tempat yang ramai orang,” katanya dalam video perkongisan melalui Facebook rasminya pada Sabtu.
Pada Rabu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup kini atas pilihan berkuat kuasa serta merta.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa COVID-19 dalam negara serta penilaian semasa yang dilakukan kementeriannya.
Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata, bagi kanak-kanak yang menaiki pengangkutan awam ke sekolah seperti bas dan van diingatkan supaya memakai pelitup muka.
“Apa yang paling penting kita memastikan keadaan di sekolah ini selamat.
“Maklumat lanjut berkaitan dengan pemakaian penutup muka di sekolah ini akan dimaklumkan kemudian,” ujarnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelitup muka
#Radzi Jidin
#Kementerian Kesihatan
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan