awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemancing hanyut 12 jam di Sungai Rajang selepas terjatuh

Bernama
Bernama
05/12/2024
02:15 MYT
Pemancing hanyut 12 jam di Sungai Rajang selepas terjatuh
Anggota bomba menemukan mangsa dalam keadaan terapung di seberang tebingan Waterfront Residence, lebih 31km dari lokasi dia dikatakan terjatuh.
SIBU: Seorang pemancing menghadapi detik cemas selama 12 jam hanyut di tengah Sungai Rajang selepas tergelincir dan terjatuh semasa memancing di Jambatan Durin kira-kira 30km dari sini petang semalam.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata Davidson Miscol, 29, yang terjatuh ke sungai pada 4.30 petang ketika hendak mencuci kakinya, namun bernasib baik kerana mempunyai beg sandang untuk mengapungkan diri semasa dibawa arus deras sungai.
"Dia tidak berdaya untuk berenang ke tebing kerana arus sungai agak deras dan hanyut selama 12 jam. Ketika sedang hanyut dia terlihat ada orang awam di tebing sungai dan seterusnya melambai tangan sambil menjerit minta pertolongan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 3.11 pagi hari ini dan pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi.
Andy berkata lelaki itu ditemukan terapung di seberang tebingan Waterfront Residence, lebih 31km dari lokasi dia dikatakan terjatuh.
Tiga anggota bomba kemudiannya turun ke sungai dengan sebuah bot dan berjaya menyelamatkan pemancing itu pada pukul 4.13 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemancing
#Sungai Rajang
#JBPM Sarawak
#hanyut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan