awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
Blok Afrika Barat gesa hormati kedaulatan Venezuela susulan operasi ketenteraan AS
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandangannya indah! Abang Jo teruja bermotosikal dari Sibu ke Kapit

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2020
10:07 MYT
Pemandangannya indah! Abang Jo teruja bermotosikal dari Sibu ke Kapit
Abang Johari (tengah) mahu merasai sendiri pengalaman menunggang di atas jalan baharu yang menghubungkan Sibu dan Kapit. - Foto Astro AWANI
KAPIT:Lebih seratus penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai ekspedisi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dari bandar Sibu ke Kapit pada Ahad.
Bermula dari Boulevard Sibu Jaya pada jam 8.30 pagi, konvoi ini melalui beberapa persinggahan sebelum tiba di Dataran Bandar Kapit tepat jam 3.45 petang.
Ekspedisi ini membolehkan Abang Johari merasai sendiri pengalaman menggunakan jalan baharu di samping melawat beberapa tapak projek di Kanowit, Song, Kapit dan Baleh.
"Pemandangannya indah sekali.
"Saya nak datang ke sini (Kapit) menunggang motosikal bagi merasai sendiri pengalaman dan ini adalah impian masyarakat khasnya Iban di kawasan ini untuk mendapatkan jalan raya," kata Abang Johari.
Turut menyertai ekspedisi berkenaan adalah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.
Dengan siapnya jalan baharu ini, perjalanan tanpa henti dari Sibu ke Kapit kini hanya mengambil masa sekitar dua jam berbanding, tiga jam menggunakan laluan sungai.
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Sibu
#Kapit
#Abang Johari
#Ketua Menteri
#Abdul Karim
#Kanowit
#Song
#Baleh
#James Jemut Masing
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan