MELAKA: Seorang pemandu bas ekspres ditahan dipercayai positif dadah jenis ganja dalam operasi penguatkuasaan sempena Aidilfitri di Terminal Bas Melaka Sentral di sini malam tadi.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata lelaki berusia 38 tahun yang juga pemandu gantian digaji sebuah syarikat bas ekspres di terminal berkenaan ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas gagal ujian saringan urin kira-kira 9.30 malam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki berkenaan sepatutnya membawa bas ekspres dari Melaka ke Kedah dan jadual perjalanan bas tersebut adalah pada 10 malam tadi.
"Tindakan segera telah dilakukan pihak syarikat bas ekspres berkenaan dengan menukar pemandu lain bagi memastikan penumpang sampai ke destinasi mereka mengikut jadual perjalanan ditetapkan dengan selamat.
"Pemandu tersebut juga adalah individu dalam pengawasan AADK di Kedah atas kesalahan dadah dan dimaklumkan datang ke Melaka untuk menggantikan pemandu syarikat bas ekspres terlibat," katanya kepada pemberita di Terminal Bas Melaka Sentral di sini lewat malam tadi.
Muhammad Firdaus berkata sebanyak 122 pemandu bas ekspres dan 326 bas ekspres di terminal berkenaan telah diperiksa serta sebanyak 53 slip pemeriksaan bas telah dikeluarkan bagi memastikan kenderaan selamat digunakan khususnya dari aspek keselamatan tayar dalam operasi dijalankan pada 26 April hingga Khamis (5 Mei).
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 37 pemandu dikenakan tindakan mahkamah kerana melakukan lima kesalahan sepanjang tempoh operasi berkenaan dijalankan di negeri itu.
Katanya, daripada jumlah itu, 22 pemandu dikenakan tindakan mahkamah kerana melanggar lampu merah, menggunakan telefon bimbit semasa memandu (enam orang), memotong barisan (lima orang) dan memandu di lorong kecemasan (empat orang).
"Sebanyak 28 kompaun juga dikeluarkan sepanjang tempoh operasi tersebut iaitu 13 kompaun kerana tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar, membawa lebih muatan (14 kompaun) dan membawa muatan dalam keadaan bahaya (satu kompaun).
"Kita juga telah mengeluarkan 203 notis atas pelbagai kesalahan dan empat kenderaan iaitu tiga motosikal dan satu kereta telah disita. Dua daripada kenderaan itu disita kerana kerana lesen kenderaan motor dan insuran telah tamat tempoh manakala dua lagi kenderaan disita kerana dipandu warga asing," katanya.
Beliau berkata dalam operasi yang dijalankan sehingga Khamis itu, sebanyak 944 kenderaan telah diperiksa dan 174 daripadanya telah diambil tindakan lanjut atas pelbagai kesalahan.
Sementara itu, katanya pengusaha bas yang menggunakan bas tambahan diingatkan supaya memastikan bas tersebut telah mendapat permit atau lesen perubahan sementara (LPS) daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka gagal mematuhinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022
Muhammad Firdaus (kanan) memeriksa tekanan udara tayar bas ekspres dalam operasi penguatkuasaan sempena Hari Raya Aidilfitri di Terminal Bas Melaka Sentral. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu
Pemandu bas 'dicekup' guna telefon ketika memandu
Pemandu bas ekspres terlibat kemalangan meninggal dunia
Pemandu bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta pada Jumaat lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) awal pagi Ahad.
Pemandu bas ekspres ditahan positif dadah
Lelaki berkenaan sepatutnya membawa bas ekspres dari Melaka ke Kedah dan jadual perjalanan bas tersebut adalah pada 10 malam tadi.
Bantuan RM500 sekali beri untuk pemandu bas ekspres
Kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan secara sekali beri RM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
SPAD mulakan tindakan undang-undang dalam kes pemandu bas pukul penumpang
Pengendali bas telah melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas.
SPAD pandang serius kes pemandu bas pukul penumpang
Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar berkata tindakan termasuk membatalkan lesen memandu boleh dikenakan jika siasatan polis mendapati pemandu berkenaan bertanggungjawab atas apa yang berlaku.
15 pemandu bas didapati positif dadah
Seramai 15 daripada 1,986 pemandu bas ekspres didapati gagal dalam ujian saringan dadah yang dijalankan oleh JPJ setakat ini.