awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu bas ekspres wajib miliki kad pemandu mulai tahun depan

Bernama
Bernama
08/11/2017
22:40 MYT
Pemandu bas ekspres wajib miliki kad pemandu mulai tahun depan
Semua pemandu bas ekspres diwajibkan untuk memiliki kad pemandu mulai tahun depan manakala bagi kelas-kelas bas yang lain akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga tahun 2019. -Gambar hiasan
Semua pemandu bas ekspres diwajibkan untuk memiliki kad pemandu mulai tahun depan manakala bagi kelas-kelas bas yang lain akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga tahun 2019.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata untuk memiliki kad pemandu tersebut yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pemandu bas akan melalui proses saringan yang lebih efektif bagi membolehkan mereka dipilih sebagai pemandu bas.
"Pelaksanaan ini membolehkan SPAD melakukan saringan latar belakang yang lebih ketat dengan usaha sama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Kad pemandu tersebut hanya akan dikeluarkan kepada pemandu yang mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh SPAD termasuk tahap kesihatan yang baik serta bebas dari kes dadah atau rekod jenayah," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat di sini pada Rabu
Nancy berkata pemandu yang dikenal pasti melakukan kesalahan boleh digantung atau dibatalkan kad pemandu mereka serta mewajibkan latihan semula bagi tujuan penambahbaikan.
Beliau berkata dengan adanya syarat keperluan untuk memiliki kad pemandu tersebut, syarikat pengendali bas boleh menapis dan memilih pemandu-pemandu baharu dengan lebih efektif kerana dapat memastikan individu yang layak dan berkemahiran sahaja akan diambil bekerja sebagai pemandu bas.
Katanya dengan mewajibkan pemandu bas memiliki kad pemandu dapat menangani isu pengusaha bas mengupah atau mengambil pemandu yang mempunyai latar belakang jenayah.
Selain itu, katanya ia dapat memastikan syarikat pengendali bas mengambil pemandu yang cekap bagi mengelakkan kemalangan semasa perjalanan akibat kecuaian pemandu.
Sementara itu, Nancy berkata pemandu teksi digalakkan untuk menyertai atau bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan e-hailing bagi mendapat akses kepada pengguna atau pelanggan yang berada di dalam platform e-hailing sekali gus memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.
Bagaimanapun beliau berkata terdapat kelompangan kepada pemandu teksi kerana ada antara mereka yang masih lagi beroperasi secara konvensional meskipun pengguna pada masa kini lebih cenderung menggunakan teknologi dan aplikasi.
"Mengambil contoh kes yang berlaku di Langkawi, Kedah ada pihak mengatakan bahawa pemandu e-hailing mempunyai trip yang banyak berbanding teksi.
Permintaan terhadap perkhidmatan ini sememangnya ada, malah sebenarnya bertambah dengan kemunculan kemudahan dan trend e-hailing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas ekspres
#Dewan Rakyat
#JPJ
#Nancy Shukri
#pemandu bas
#saringan latar belakang
#SPAD
#Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan