awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu dan kelindan dipercayai 'lalok' terlibat kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2023
16:56 MYT
Pemandu dan kelindan dipercayai 'lalok' terlibat kemalangan
Hasil siasatan awal ujian saringan air kencing terhadap pemandu dan kelindan tersebut didapati positif dadah jenis amphetamine. - Foto IPD Bentong
BENTONG: Pemandu dan kelindan lori treler dipercayai 'lalok' ketika menghantar gula ke Triang terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 43, Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur dekat sini, pada jam 2.00 pagi, Khamis.
Hasil siasatan awal ujian saringan air kencing terhadap pemandu dan kelindan tersebut didapati positif dadah jenis amphetamine dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu dan kelindan yang berusia 32 dan 39 tahun itu cuma mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan bahu kanan.
“Pemandu lori treler itu gagal mengawal kenderaannya dipercayai mengalami kegagalan bahagian brek kenderaan itu semasa menuruni bukit dan melanggar penghadang besi arah Kuantan dan kemudiannya penghadang besi kiri jalan.
"Kemalangan berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 45 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan di sini.
Zaiham berkata, kemalangan itu melibatkan kenderaan berat merupakan kali keenam berlaku antara Kilometer 40 hingga 45 di Lebuhraya Karak - Kuala Lumpur sejak awal bulan ini.
"Pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu kenderaan dan menunggang motosikal, manakala semua kenderaan berat perlu diselenggarakan dengan sempuna dan selamat ketika memandu di jalan raya," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Lori
#pemandu
#kelindan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan