awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu dipercayai terlelap punca kemalangan maut 4WD, lori

Aida Aziz
Aida Aziz
07/09/2023
02:00 MYT
Pemandu dipercayai terlelap punca kemalangan maut 4WD, lori
Punca kemalangan adalah disebabkan pemandu 4WD itu dipercayai terlelap dan terus melanggar belakang lori berkenaan. - Foto PDRM
TANJUNG MALIM: Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan lori muatan motosikal yang mengorbankan seorang lelaki awal pagi di kilometer 383.1 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dipercayai disebabkan pemandunya terlelap.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, mangsa yang maut iaitu pemandu 4WD dikenali sebagai Muhamad Azwan Roslan, 29, yang beralamat di Batu 27, Jenderam Hulu, Selangor.
Katanya, mangsa yang menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton bersama dua lagi lelaki itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.
"Polis menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkn 4WD dengan lori jenis Isuzu yang membawa muatan 44 buah motosikal pada jam 4.50 pagi tadi.
"Difahamkan ketika sampai di lokasi kejadian, pemandu 4WD telah melanggar tepat bahagian belakang lori yang parkir di tepi jalan.
"Akibat pelanggaran tersebut pemandu 4WD dan penumpang bahagian hadapan iaitu Abdul Mutalib Abdul Rahman,34,tersepit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ujar Mohd Hasni lagi, susulan kemalangan itu, pemandu maut di lokasi kejadian manakala Abdul Mutalib patah tangan kiri dan seorang lagi penumpang belakang, Muhammad Sazrul Nizam Muzamil,29, cedera di kepala serta patah tulang rusuk dan kaki kanan.
"Punca kemalangan adalah disebabkan pemandu 4WD itu dipercayai terlelap dan terus melanggar belakang lori berkenaan," katanya lagi.
Justeru katanya bedah siasat akan dijalankan selepas ujian COVID-19 dibuat dan dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Slim River bagi rawatan susulan.
Topic Berkaitan
#4WD rempuh lori
#Terlelap
#Nahas
#Mohd Hasni Mohd Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan