awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Bomba terima 30 jentera FRT bernilai RM60 juta - Nga

Pemandu e-hailing cabul penumpang dibebaskan dengan jaminan polis, kes dirujuk D5 Bukit Aman

Bernama
Bernama
09/02/2026
13:56 MYT
Pemandu e-hailing cabul penumpang dibebaskan dengan jaminan polis, kes dirujuk D5 Bukit Aman
Pemandu e-panggilan (e-hailing) yang direman minggu lepas bagi membantu siasatan kes cabul kehormatan seorang wanita warga Vietnam di dalam kenderaan yang digunakan suspek tersebut, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
JOHOR BAHRU: Pemandu e-panggilan (e-hailing) yang direman minggu lepas bagi membantu siasatan kes cabul kehormatan seorang wanita warga Vietnam di dalam kenderaan yang digunakan suspek tersebut, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Ringkasan AI
  • Pemandu e-hailing yang direman minggu lepas dalam kes cabul wanita Vietnam dibebaskan hari ini dengan jaminan polis, sementara siasatan lanjut dijalankan.
  • Suspek merupakan seorang penjawat awam dan pembebasannya dibuat sementara menunggu keputusan siasatan lanjut oleh Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor.
  • Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memerintahkan JPJ membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam pemandu e-hailing yang terlibat dalam insiden gangguan seksual, tindakan ini berikutan kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahman Arsad berkata pembebasan suspek dibuat sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan.
Beliau berkata kertas siasatan kes berkenaan akan dirujuk ke Pejabat D5 (Perundangan), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam masa terdekat sebelum dikemukakan kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor untuk tindakan lanjut.
"Suspek merupakan seorang penjawat awam dan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini sementara menunggu keputusan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Ab Rahaman dilaporkan berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki berumur 26 tahun di sini pada 4 Feb lepas, selain turut merampas dua telefon bimbit serta sebuah kereta jenis Perodua Bezza bersama dengan kunci dan alat kawalan jauh.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan polis daripada mangsa pada 4 Feb lepas, selain rakaman video berkaitan kejadian itu dikesan tular menerusi media sosial sejak 2 Feb.
Suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Kes tersebut turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang memaklumkan pihaknya telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membatalkan serta-merta Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PS) pemandu e-panggilan yang terlibat dalam insiden gangguan seksual terhadap penumpang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cabul penumpang
#pemandu e-hailing
#dibebaskan
#jaminan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.