Pemandu e-hailing warga emas parah dikelar

Mangsa cedera parah di leher dan lengan kiri dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk mendapatkan rawatan lanjut - Gambar kecil (Norhizam)
SEPANG: Seorang pemandu e-hailing warga emas cedera parah selepas diserang dan dikelar oleh seorang lelaki di kawasan parkir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Isnin.
Ringkasan AI
- Wanita warga emas cedera parah selepas diserang dan dikelar di kawasan parkir Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
- Mangsa mengalami kecederaan serius di leher dan lengan kiri sebelum dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.
- Suspek yang dikenali menggunakan senjata tajam melarikan diri dengan kereta mangsa sebelum terlibat dalam kemalangan jalan raya di Nilai, Negeri Sembilan.
Norhizam berkata, suspek kemudiannya melarikan diri dari lokasi kejadian dengan memandu kereta milik mangsa jenis Perodua Bezza.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 11.15 malam hari sama, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun, dipercayai suspek kes berkenaan, terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Desa Melati, Fasa 3, Nilai.
“Suspek ditemui dalam keadaan berlumuran darah serta mengalami kecederaan di bahagian leher. Kita turut menemui sebilah kerambit,” katanya.
Beliau berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk mendapatkan rawatan sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pemantauan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Faiz Zuki di talian 011-27328077. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang berlaku kepada seorang wanita berusia 60 tahun di Bandar Baru Salak Tinggi? A: Wanita berusia 60 tahun itu cedera parah di leher dan lengan kiri selepas diserang dan dikelar oleh seorang lelaki tempatan yang dikenalinya menggunakan senjata tajam.
- Q: Bagaimana tindakan yang diambil terhadap suspek yang disyaki terlibat dalam kes tersebut? A: Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun, dipercayai terlibat dalam kes tersebut, kemudiannya ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan mengalami kecederaan di bahagian leher sebelum dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan lanjut.
- Q: Di manakah suspek ditemui selepas kejadian dan apakah keadaannya? A: Suspek ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan mengalami kecederaan di bahagian leher selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Desa Melati, Fasa 3, Nilai, sebelum dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

