JOHOR BAHRU: Seorang pemandu kereta Proton Iswara bertindak melanggar pengawal keselamatan selepas enggan memberi kerjasama untuk diperiksa di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Tanjung Kupang dekat Iskandar Puteri semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam insiden pada 4 pagi itu, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dilanggar pemandu yang juga lelaki tempatan berumur 42 tahun.
Beliau berkata Unit Peronda Iskandar Puteri sempat mengejar pemandu terbabit selepas menerima panggilan daripada mangsa yang mengalami cedera ringan.
"Pemandu itu melarikan diri menghala ke Singapura melalui jalan keluar lori eksport namun berjaya ditahan oleh polis Singapura," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Ayob Khan berkata individu itu akan diserahkan semula kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut selepas proses dokumentasi selesai.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam insiden pada 4 pagi itu, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun dilanggar pemandu yang juga lelaki tempatan berumur 42 tahun. - Gambar fail/BERNAMA

HFMD: Premis jagaan kanak-kanak di Melaka dengan lebih empat kes akan ditutup
Pengusaha premis berkenaan diminta segera melaporkan perkara tersebut kepada JKNM bagi tindakan kawalan dan pencegahan wabak.

AWANI Ringkas: Kediaman bertanah jadi pilihan di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MDEC buka permohonan Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR
MDEC buka permohonan untuk Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR edisi 2022 | Dagang News
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967781/thumbnails/30824897611653009649103_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham.

Lagu bernada tinggi, peminat juga perlu memahami - Ziana Zain
Ziana Zain percaya setiap penyanyi akan memberikan persembahan terbaik setiap kali di pentas, dengan kemampuan yang dimiliki.

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

Pemandu enggan diperiksa langgar pengawal keselamatan KSAB
Seorang pemandu kereta bertindak melanggar pengawal keselamatan selepas enggan memberi kerjasama untuk diperiksa di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), semalam.