awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic lancar Claude for Healthcare, fokus privasi data kesihatan
Tampil sugul di mahkamah, Kamal Adli sukar ulas nasib perkahwinan dengan Uqasha Senrose: “Kalau tiada jodoh, Wallahu’alam”
Meta nafi dakwaan kebocoran data 17.5 juta akaun Instagram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu, kelindan lori ditahan bersama rokok disyaki tidak bercukai kastam bernilai RM13.45 juta

Bernama
Bernama
11/08/2025
13:45 MYT
Pemandu, kelindan lori ditahan bersama rokok disyaki tidak bercukai kastam bernilai RM13.45 juta
Shazeli (tiga, kanan) menunjukkan sebahagian rokok tidak bercukai yang berjaya dirampas pada sidang media berhubung tangkapan dan rampasan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, hari ini. - Gambar Bernama
SEPANG: Seorang pemandu lori dan kelindannya ditahan bersama rokok yang disyaki tidak bercukai kastam bernilai RM13.45 juta di Plaza Tol MEX, Lebuhraya KL-Putrajaya, Cyberjaya di sini pada 3 Ogos.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 35 dan 38 tahun itu, ditahan pukul 2.30 petang ketika sedang memandu lori bonded jenis Hino.
"Pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan telah membawa kepada penemuan pelbagai jenis rokok yang disyaki tidak bercukai kastam.
"Hasil operasi tersebut, pihak polis telah berjaya merampas sebanyak 566 master case (satu master case mengandungi 50 karton rokok) tidak sah yang terdiri daripada pelbagai jenama," katanya pada sidang media di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman.
Shazeli berkata selain rokok, turut dirampas ialah sebuah lori jenis Hino, satu anak kunci lori, dua telefon bimbit dan empat helai kertas arahan penyerahan.
Beliau berkata hasil semakan mendapati kedua-dua suspek itu mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Shazeli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali amaun duti kastam atau RM100,000 (yang mana lebih besar), dan tidak melebihi 20 kali nilai barang atau RM500,000 (yang mana lebih besar), atau penjara tidak kurang daripada enam bulan dan maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 7 Ogos dan sebutan semula kes pada 9 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Akta Kastam 1967
#rekod lampau
#hasil semakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan