awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
62,485 calon lepasan SPM ditawarkan tempat ke politeknik dan kolej komuniti
MALAYSIA
Perkasa wanita melalui tindakan konkrit, bukan sekadar kata-kata - Dr Wan Azizah
DUNIA
Singapura sahkan dua kes Zika di Woodlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Pemandu keliru keadaan jalan, kereta terjunam dalam sungai

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
24/06/2022
12:37 MYT
Pemandu keliru keadaan jalan, kereta terjunam dalam sungai
Tiga individu berdepan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Batu 12, Jalan Tapah - Cameron Highlands pada Jumaat. - Foto ihsan IPD Tapah
TAPAH: Tiga individu berdepan detik cemas apabila kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Batu 12, Jalan Tapah - Cameron Highlands di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira pada jam 11.30 malam Khamis, mangsa yang juga pemandu, Mohd Sharaffi Hashim, 51, bersama penumpang, Nazilawati Ismail, 37, tidak mengalami sebarang kecederaan manakala seorang lagi penumpang, Rosmaliza Dollah, 45, mengalami kecederaan pada bahagian muka.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata hasil maklumat awal mendapati kesemua mereka dalam perjalanan dari Bangi, Selangor menuju pulang ke Kuala Krai, Kelantan.
Menurutnya kesemua mangsa yang beralamat di Kuala Krai itu baru sahaja tamat menjalani kursus Angkatan Pertahanan Awam (APM) di Bangi.
“Ketika di tempat kejadian, keadaan jalan adalah gelap. Jadi, semasa hendak masuk ke selekoh, pemandu telah keliru dengan arah laluan di situ.
“Ini kerana pemandu dikatakan nampak besi penghadang di jambatan yang ada di situ seolah-olah seperti pagar, lalu hanya memandu terus sebelum masuk ke sungai.
“Selain mangsa tidak biasa dengan jalan berkenaan, cat garisan putih di jalan dan cat di jambatan juga sudah lusuh.
“Selepas kenderaan terjunam ke dalam sungai, pemandu telah berjaya menyelamatkan diri sementara dua mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam dan rakan-rakan daripada dua kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Wan Azharuddin lagi, kemalangan mengakibatkan kereta berkenaan tersangkut pada batu dan celahan kayu balak.
Katanya ketika kejadian, air sungai deras yang berada pada paras kira-kira 1 meter itu juga dipercayai menyebabkan mangsa keciciran dokumen peribadi di lokasi.
Tambah beliau, kereta mangsa telah dikeluarkan dari lokasi kejadian dengan menggunakan kren pada jam 11 pagi Jumaat.
“Semua mangsa telah dibawa dengan Ambulan APM ke Hospital Tapah untuk rawatan susulan.
“Punca kemalangan dipercayai pemandu keliru dengan keadaan jalan sebelum kereta dipandunya terbabas. Justeru kes diklasifikasikan mengikut Kaedah 10 LN 166/59,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#kereta terjunam
#Sungai
#Jalan Tapah - Cameron Highlands
#Perodua Axia
#Mohd Sharaffi Hashim
#Polis Daerah Tapah
#Kuala Krai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami