awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu kes langgar lari pejalan kaki perarakan Thaipusam ditahan

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2016
13:29 MYT
Pemandu kes langgar lari pejalan kaki perarakan Thaipusam ditahan
Pihak polis telah menahan suspek untuk merekod keterangannya. - Gambar fail
Suspek yang memandu kereta BMW yang merempuh lalu menyebabkan kematian tiga pejalan kaki di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban pada Sabtu telah ditahan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini, malam tadi, lapor Berita Harian Online.
Laporan yang memetik pengesahan daripada Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, itu menyatakan bahawa suspek berusia 25 tahun itu ditahan selepas membuat laporan berhubung kemalangan itu pada jam 7.20 malam.
Mohd Nadzri dipetik sebagai berkata: "Kita berjaya mengesan dia melalui tukang tarik kereta yang dia panggil menarik keretanya yang ditinggal di tepi Lebuhraya KESAS (Lebuhraya Shah Alam) dan dia akhirnya bersetuju datang untuk membuat laporan polis".
Pihak polis telah menahannya selepas laporan itu dibuat untuk merekod keterangannya. Permohonan reman juga akan dibuat jika ada keperluan untuk melanjutkan penahanannya.
Terdahulu, polis mencari suspek tersebut yang dipercayai pemandu kereta BMW bagi membantu kes langgar lari yang mengorbankan tiga pejalan kaki pada Sabtu.
Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban berhampiran susur keluar Desa Petaling itu turut mencederakan tiga yang lain.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata identiti pemandu itu dikenal pasti menerusi semakan nombor pendaftaran kereta berkenaan yang ditinggalkan di lorang kecemasan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
Topic Berkaitan
#BMW
#ditahan
#kes langgar lari
#pemandu
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan