ALOR GAJAH: Seorang pemandu kren ditahan kerana memiliki dua laras senapang angin buatan sendiri dalam serbuan di Rumah Awam Lubok Redan, Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah di sini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata lelaki berusia 37 tahun itu yang tidak mempunyai lesen sah daripada pihak berkuasa untuk menyimpan senjata berkenaan ditahan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah kira-kira 12.45 tengah malam Ahad.
"Dua laras senapang angin dan beberapa komponen senapang angin serta peluru ball bearing ditemukan di ruang tamu rumah awam berkenaan.
"Suspek mendedahkan senjata api tersebut dibuat sendiri menggunakan kaedah yang diajar menerusi laman web dan lelaki berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pemerasan di Kulai, Johor pada 2020.
Katanya suspek ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, Arshad berkata orang awam dinasihatkan tidak memiliki atau menyimpan senjata api tanpa lesen kerana ia menyalahi undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021

Suspek ditahan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Alor Gajah kira-kira 12.45 tengah malam Ahad. - Gambar hiasan

Dasar kerajaan dan kejayaan perlu diperjelas, pastikan rakyat dapat maklumat tepat - PM
Dasar kerajaan dan kejayaan pelaksanaannya perlu diperjelas kepada rakyat supaya tidak keliru dengan fitnah dan kempen anti kerajaan.

Laris! Buku kompilasi foto Jung Kook habis terjual dalam seminit
Meskipun kehabisan stok, rata-rata peminat masih meminta agar pihak Jung Kook menambah stok untuk jualan dalam talian.

Segerakan PRU15 atau UMNO, BN tewas - Zahid Hamidi
Parti berkenaan sudah lama membuat pendirian tersebut dan kini terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti UMNO.

Catat semua A dalam peperiksaan, Aaron Aziz bangga pencapaian anak
Anak perempuan kepada aktor kacak Datuk Aaron Aziz, Dwi Ariana mempamerkan keputusan peperiksaan di dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).

Ancaman kepada hakim tindakan melampau - Rais Yatim
Beliau turut menyifatkan tindakan itu sebagai melampau dan belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Prototaip komputer Apple-1 milik Steve Jobs dilelong hampir AS$700,000
Seorang pengumpul barangan yang tidak mahu namanya didedahkan telah memenangi lelongan tersebut pada Khamis, dengan bidaan AS$677,196.

Kempen PRU | Ini masa terbaik ahli PKR rapatkan barisan
Sudah tiba masanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) merapatkan barisan, menerima kepimpinan tertinggi yang dipilih serta menggerakkan strategi baharu untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) . Jelas Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Sivamurugan Pandian, apa sahaja keputusan dicapai pemilihan baru-baru ini harus dihormati dan diraikan bagi memenangkan parti menjelang PRU15 akan datang.

Gagasan MN | Tiada usul tamatkan kerjasama Pas-UMNO
Pas tidak menerima sebarang usul berkaitan menamatkan hubungan kerjasama dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) untuk dibawa dan diputuskan pada Muktamar Tahunan kali ke-68 pada 3 dan 4 September ini. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ada Pas peringkat kawasan yang menghantar usul berkaitan mengukuhkan penyatuan ummah dan MN, sejajar dengan pendirian parti itu.

Kes SRC | Hentikan serangan terhadap badan kehakiman
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gesa menghentikan serangan peribadi terhadap Hakim Mahkamah Persekutuan yang mengendalikan prosiding rayuan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewangan dana SRC International Sdn Bhd. Menurut Timbalan Presiden Bersatu itu, tindakan tersebut tidak beretika dan mengganggu badan kehakiman selain mengundang persepsi negatif dan memalukan nama baik negara.

Malaysia-Rusia | Sentimen tidak jejaskan program di Russian House
Svetlana Kovaleva tidak melihat sentimen Anti-Rusia, kesan daripada pencerobohan negara itu ke atas Ukraine sebagai punca beberapa program yang diadakan di Russian House kurang mendapat sambutan. Ketua Russian House itu berkata ia adalah menjadi hak masing-masing untuk memboikot atau menyokong mana-mana inisiatif digerakkan untuk manfaat bersama.