KUALA LUMPUR : Pemandu kenderaan mewah Lamborghini yang terlibat dalam kemalangan melibatkan enam lagi kenderaan di Jalan Tun Razak pada 8 September lalu dijatuhi hukuman denda RM9,000 dan penjara wajib dua minggu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Trafik Jalan Duta hari ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, tertuduh berusia 42 tahun itu mengaku bersalah kerana memandu secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Hasil pertuduhan, pemandu motokar mengaku bersalah dan dikenakan hukuman denda RM9,000, penjara wajib dua minggu dari tarikh ditangkap.
"Sekiranya gagal membayar denda, akan dikenakan lima bulan penjara," jelasnya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Tambah Sarifudin, pemandu terbabit juga tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun.
"Kesalahan diendorskan pada lesen memandu serta dikenakan tindakan saman di bawah Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana memandu kenderaan tanpa lesen memandu," jelasnya lagi.
BACA: Lamborghini rempuh Proton Perdana hingga terbalik
Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi pada 8 September lalu, kenderaan mewah Lamborghini yang dipandu lelaki terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh sebuah Proton Perdana sehingga terbalik di Jalan Tun Razak menghala Bulatan Pahang.
Kemalangan itu turut melibatkan empat lagi kenderaan di lokasi kejadian.
Fareez Azman
Fri Oct 08 2021
Selain hukuman denda dan penjara wajib, pemandu terbabit juga tidak dibenarkan mengambil lesen memandu selama lima tahun. - Foto: JSPT KL
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Pemandu Lamborghini didenda RM9,000, penjara dua minggu - Polis
Tertuduh mengaku bersalah kerana memandu secara melulu dan membahayakan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.