awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 wanita di Melaka jalani saringan ujian HPV DNA - Exco
Empat kanak-kanak maut, tiga cedera dalam perlanggaran lori-trisikal di Filipina
Pesta Sauk Sotong berpotensi jadi produk pelancongan baharu Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lolos, ganja RM300,000 ditinggal di tepi jalan

Salim Aziz
Salim Aziz
26/08/2025
00:25 MYT
Pemandu lolos, ganja RM300,000 ditinggal di tepi jalan
Shahrum berkata, pasukan operasi yang sedang melakukan rondaan risikan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand mengesan sebuah Toyota Vios hitam dalam keadaan mencurigakan di bahu jalan. - Foto ihsan PGA
PADANG BESAR: Satu adegan kejar-mengejar awal pagi semalam antara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan sebuah kenderaan berakhir dengan penemuan 10 kilogram (kg) ganja bernilai RM300,000 yang ditinggalkan di dalam semak di tepi jalan.
Kejadian berlaku di laluan Kaki Bukit menghala ke Wang Kelian, pada kira-kira jam 12.45, apabila pemandu kenderaan itu nekad memecut laju dan berjaya meloloskan diri ke arah Kaki Bukit.
Namun, ganja yang dipercayai cuba diseludup masuk ke negara ini telah ditinggalkan, kata Komander Briged Utara PGA SAC Shahrum Hashim.
Menurutnya, kejayaan itu adalah hasil daripada Op Taring Wawasan Kedah/Perlis yang dijalankan oleh Cawangan Risik Batalion 1 PGA Ulu Kinta.
Shahrum berkata, pasukan operasi yang sedang melakukan rondaan risikan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand mengesan sebuah Toyota Vios hitam dalam keadaan mencurigakan di bahu jalan.
"Sebaik dihampiri, pemandu kenderaan tersebut terus memecut laju untuk melarikan diri. Pasukan kami cuba mengejar namun tidak berjaya menahannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Foto ihsan PGA
Foto ihsan PGA
Tambah beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi di mana kereta itu dilihat pada mulanya telah membawa kepada penemuan satu guni putih yang disembunyikan di kawasan semak berhampiran.
"Di dalam guni tersebut, kami menemui 10 ketulan mampat ganja seberat 10kg dengan nilai pasaran dianggarkan mencecah RM300,000," jelasnya.
Foto ihsan PGA
Foto ihsan PGA
Kesemua rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.
Shahrum berkata, kejayaan ini menambah kepada rekod cemerlang Briged Utara PGA yang telah merampas keseluruhan 60.4kg ganja bernilai lebih RM1.8 juta dan menahan empat warga asing di kawasan sempadan sejak Januari lalu.
Tegas beliau, pihaknya akan terus memperketatkan kawalan di sempadan utara bagi membanteras sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.
Topic Berkaitan
#ganja
#Pasukan Gerakan Am
#jenayah rentas sempadan
#sempadan Malaysia-Thailand
#seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan