awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
Disney bayar denda AS$10 juta selesai dakwaan langgar privasi kanak-kanak
Guatemala catat penurunan deportasi 23 peratus, 55,000 warga dihantar pulang sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori didakwa pandu berbahaya sebabkan tujuh sekeluarga maut

Bernama
Bernama
11/07/2016
08:12 MYT
Pemandu lori didakwa pandu berbahaya sebabkan tujuh sekeluarga maut
Lori yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tujuh sekeluarga maut di Gua Musang pada 4 Julai lepas. - Gambar fail
Seorang pemandu lori hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan tujuh sekeluarga maut pada 4 Julai lepas.
Tertuduh, A. Deniyal, 24, didakwa memandu secara melulu atau berbahaya hingga menyebabkan kematian tujuh sekeluarga di Kilometer 12 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Renok, dekat sini pada 1.20 pagi, 4 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan.
Kemalangan itu menyebabkan kematian Munira Ahmad Latfi, 29, suaminya Norazmi Mahat, 37, anak mereka Rifqi satu bulan dan Raidatul Syazwina, 4 tahun.
Turut maut adalah kembar kepada Munira iaitu Mursyida Ahmad Latfi, 29, suaminya, Mohammad Amin Firdaus Zakaria, 29, dan anak mereka Nurhana Jannati, 5 tahun.
Insp G. Gopinath Govindan dari Unit Perundangan dan Siasatan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang yang mengendalikan kes berkenaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin.
Bagaimanapun, Deniyal yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon agar mahkamah mengurangkan jaminan kerana dia merupakan penanggung tunggal keluarga.
Majistret Mohd Fariz Omar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan dua penjamin serta menetapkan 15 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#didakwa memandu secara melulu
#Gua Musang
#kemalangan
#pemandu lori
#tujuh sekeluarga maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan