awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori lawan arus direman 4 hari

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
04/01/2023
10:05 MYT
Pemandu lori lawan arus direman 4 hari
Seorang pemandu lori direman empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kejadian memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah, semalam. - Foto media sosial
JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori direman empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu bagi membantu siasatan berhubung kejadian memandu melawan arus hingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Linkedua, Gelang Patah, di sini semalam.
Permohonan reman itu dibenarkan oleh Majistret Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.
Pemandu lori itu juga didapati telah memandu di bawah pengaruh alkohol.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 4.30 petang.
Katanya siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori berusia 41 tahun itu dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).
"Apabila tiba kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah menghala ke selatan, pemandu lori terlepas susur ke PTP.
"Pemandu lori memandu melawan arus untuk masuk semula ke susur PTP sebelum merempuh dua kereta iaitu Mercedes Benz dan Nissan Almera yang berada di laluan terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Rahmat, pemandu Mercedes Benz mengalami kecederaan pada bahagian leher dan kaki dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan.
"Pemandu lori ditahan dan didapati di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#lawan arus
#direman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan