PASIR SALAK: Seorang lelaki maut dalam nahas membabitkan dua lori di Kilometer 32, Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Kampung Gajah di sini pada Isnin.
Dalam kejadian sekitar jam 1.45 petang itu, mangsa, Azmil A Bakar, 38, yang memandu lori jenis Mitsubishi Fuso muatan tong gas disahkan maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kemalangan berlaku apabila lori yang dipandu mangsa melanggar belakang lori jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 35 tahun.
"Kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari Teluk Intan menuju ke Sitiawan. Setiba di lokasi kejadian, lori mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang lori jenis Isuzu.
"Kemalangan itu menyebabkan lori mangsa terbabas dan terbalik ke bahu kiri jalan manakala lori Isuzu tersebut berpusing dan terbabas ke kanan jalan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, pemandu Isuzu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lori Mitsubishi Fuso disahkan maut di tempat kejadian.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah 'polytrauma consistent with the road traffic accident'.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di talian 014-6790829 bagi membantu siasatan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 27 2023
Lori muatan tong gas terbabas dalam kemalangan maut di Pasir Salak pada Isnin. - Foto Ihsan Bomba Perak
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Pemandu lori tong gas maut kemalangan
Seorang lelaki maut dalam nahas membabitkan dua lori di Kilometer 32, Jalan Teluk Intan-Sitiawan dekat Kampung Gajah, Pasir Salak pada Isnin.