awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, lima lagi cedera dalam nahas tiga kenderaan di Kuala Terengganu

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
20/08/2020
03:17 MYT
Pemandu maut, lima lagi cedera dalam nahas tiga kenderaan di Kuala Terengganu
Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan ini. -Astro AWANI
Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di sini petang semalam.
Nahas berlaku di kilometer 35, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu kira-kira jam 4.30 petang Rabu.
Kemalangan menyebabkan mangsa Hishamudin Abdullah, 27, meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketika kejadian, difahamkan kereta Perodua Kancil adalah dari arah Kuala Terengganu menghala ke Setiu, manakala kereta Honda Civic pula dari arah bertentangan.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, kereta Honda Civic itu dikatakan telah memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh belakang kereta Perodua Kancil yang cuba mengelak.
Rempuhan itu menyebabkan kereta Honda Civic itu melintang di tengah jalan sebelum dirempuh pula sebuah kenderaan Nissan X-Trail yang tidak sempat mengelak.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superitendan Abd Razak Hasan yang mengesahkan kejadian memaklumkan lima penumpang Nissan X-Trail tersebut mengalami kecederaan namun stabil.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#cedera
#Hospital
#kemalangan
#Kota Bharu
#Kuala Terengganu
#maut
#Nahas
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan