awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, penumpang parah kereta bertembung 4X4

Aida Aziz
Aida Aziz
10/01/2023
13:21 MYT
Pemandu maut, penumpang parah kereta bertembung 4X4
Kemalangan yang berlaku sekitar jam 3 petang itu turut menyebabkan pemandu pacuan empat roda tersebut cedera. - Gambar/ JBPM
KAMPUNG GAJAH: Lelaki maut manakala seorang lagi parah apabila kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Sungai Galah, di sini, hari ini.
Kemalangan yang berlaku sekitar jam 3 petang itu turut menyebabkan pemandu pacuan empat roda tersebut cedera.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.41 petang.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah bergegas ke lokasi dan mendapati dua kenderaan itu bertembung.
"Terdapat tiga mangsa lelaki yang terlibat dalam nahas ini. Pemandu Proton Iswara maut tersepit dan disahkan maut oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Penumpangnya pula cedera parah. Pemandu pacuan empat roda juga turut cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, anggota melakukan kerja menyelamat menggunakan peralatan menyelamat serta pengusung bagi mengeluarkan mangsa.
Menurutnya lagi, mangsa yang cedera diberi rawatan awal dan dibawa ke hospital oleh ambulans manakala yang maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Rahman Piei itu tamat pada jam 5.24 petang.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Kampung Gajah
#pacuan empat roda
#kereta bertembung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan