Skip to main content

Malaysia

Pemandu maut, tiga cedera kemalangan di Miri

[TB]_JBPM BOMBA LOGO 2_JBPM
JBPM Sarawak memaklumkan seorang penumpang wanita mengalami kecederaan parah manakala dua lagi cedera ringan dan kesemua mereka diberikan rawatan oleh petugas KKM di lokasi.
Advertisement

MIRI: Seorang lelaki maut manakala tiga wanita cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka melanggar sebatang pokok di Taman Awam Miri, Jalan Bintulu-Miri, awal pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai.

Setibanya di tempat kejadian, pihaknya mendapati mangsa yang juga pemandu berusia 24 tahun tersepit di tempat duduk hadapan susulan kemalangan itu.

“Pasukan bomba menjalankan kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan hari ini. 

JBPM Sarawak memaklumkan seorang penumpang wanita mengalami kecederaan parah manakala dua lagi cedera ringan dan kesemua mereka diberikan rawatan oleh petugas KKM di lokasi.

Operasi ditamatkan pada 3.53 pagi.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement