Seorang pemandu treler maut apabila kenderaannya terbabas sebelum menjunam ke cerun di Km253.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa Tan Chor Teong, 57, berasal dari Kota Barat dekat Taiping di sini mati di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Abdul Gaffar Muhamad mangsa yang memandu treler membawa muatan bahan kimia dalam perjalanan dari Taiping ke Ipoh.
"Siasatan awal polis mendapati treler itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar penghadang laluan itu sebelum menuruni curam sedalam kira-kira enam meter menyebabkan mangsa tercampak keluar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya kejadian itu tidak melibatkan kenderaan lain dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
Bernama
Tue Nov 19 2013
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
1,577 cerun berisiko tinggi dikenal pasti di seluruh negara - KKR
Jumlah tersebut adalah daripada keseluruhan 34,714 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara.
3,000 cerun berisiko dipantau rapi - Ahmad Maslan
Sebanyak 3,000 kawasan cerun yang didapati berisiko diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian rapi Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Lebih RM200 juta diperuntuk bagi penyelenggaraan jalan dan cerun di Johor
Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 pula, terdapat 11 projek telah diluluskan untuk negeri itu yang melibatkan kos sebanyak RM2.14 bilion.
KKR lulus RM113 juta selenggara jalan, cerun di negeri terjejas banjir
Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan permohonan berjumlah RM113 juta bagi menyelenggara jalan dan cerun di negeri terjejas banjir pada Monsun Timur Laut ini.
Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh: Jangan sampai jadi gajah putih, perlu ada perincian dan pemantauan
Garis panduan yang lebih berfokus perlu diwujudkan supaya dapat membantu DBKL dalam aspek pemantauan cerun.
Bomba selamatkan pencari madu lebah terjatuh ke dalam cerun
Mangsa yang sedang mencari madu lebah terjatuh dari pokok tualang setinggi 28 meter sebelum terjunam ke dalam cerun sedalam 15 meter.
Peruntukan RM800,000 baik pulih runtuhan cerun Jerantut-Benta
Pihak KKR kini sedang membuat kajian dan penilaian berkaitan runtuhan cerun yang berlaku di kawasan berkenaan.
Tanah runtuh Batang Kali: Selangor setuju tambah peruntukan RM21.1 juta baiki cerun
Penambahan peruntukan bagi pembaikan cerun itu adalah hasil cadangan daripada Jabatan Kerja Raya.