awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/02/2023
22:15 MYT
Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Dalam kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel di Km 371.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat Slim River, malam tadi, mangsa tersepit dan maut di lokasi kejadian. - Foto JBPM Perak
MUALLIM: Seorang pemandu maut selepas treler yang dipandunya terbalik di Kilometer 371.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat Slim River, malam tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 10.30 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 36 tahun, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu, pada 10.39 malam.
“Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik, menyebabkan mangsa tersepit dan disahkan maut di lokasi oleh pihak KKM,” katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Menurut jurucakap itu lagi, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Katanya, operasi turut dibantu oleh dua unit kren bagi mengalihkan treler sehingga mangsa dapat dikeluarkan.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Yussli Abdul Latif itu tamat jam 2.10 pagi.
5:38hrs Status terkini semua Lorong arah Selatan & Lorong tengah arah Utara ditutup bagi kerja pembersihan. Laluan kontra masih diaktifkan di lorong kanan arah Utara dari Km 373.6 - Km 370.9. Trafik perlahan 3Km arah Selatan & perlahan 3Km arah Utara. @llmtrafik (1/2) https://t.co/BNPLLzOxWG
— plusline1800880000 (@plustrafik) February 1, 2023
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara-Selatan
#treler
#treler terbalik
#pemandu treler maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan