awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu 'mengantuk' rempuh pekerja kedai makan direman

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
28/07/2020
05:31 MYT
Pemandu 'mengantuk' rempuh pekerja kedai makan direman
Perintah reman terhadap remaja berusia 18 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit. - Foto Astro AWANI
Pemandu kereta yang dipercayai terlelap ketika memandu sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja kedai makan berusia 45 tahun dalam kejadian pada Isnin direman tiga hari bermula hari ini.
Perintah reman terhadap remaja berusia 18 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.
Pada Isnin, seorang pekerja kedai makan, maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Teluk Wang Kecil, Sungai Petani.
Dalam kejadian sekitar jam 7.40 pagi itu,mangsa , Che Mila Abu Bakar, 45 tahun, dipercayai dalam perjalanan dari Taman Sri Pinang ke tempat kerjanya sebelum dirempuh sebuah kereta yang masuk ke laluan bertentangan.
Ketika kejadian pemandu kereta yang berusia 18 tahun itu dipercayai terlelap sebelum memasuki jalan bertentangan dan merempuh mangsa.
Akibat pelanggaran itu, mangsa telah terpelanting ke laluan berasingan dan mengalami kecederaan parah.
Mangsa kemudiaannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu dan tiga lagi penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kereta
#mahkamah
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#pemandu mengantuk
#pemandu terlelap
#remaja
#siasatan
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan