Pemandu kereta Myvi berwarna biru yang ditahan berhubung insiden yang tular di laman sosial sejak semalam disahkan positif dadah.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, tangkapan semula dilakukan terhadap suspek oleh anggota peronda Polis selepas ditahan oleh orang awam kira kira jam 5.20 petang di Jalan Brunei Utara pada Jumaat.
Suspek kemudianya dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Menurut beliau, ujian air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah jenis Methamphatamine dan Amphetamine.
Bagaimanapun, mangsa samun iaitu seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU), katanya, masih belum tampil memberi keterangan atau laporan polis ketika ini.
Kejadian sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna biru yang tular di laman sosial sejak semalam itu mendapat perhatian netizen.
Insiden kira-kira jam 4.50 petang di Jalan Pudu itu antara lain memaparkan suspek memandu kenderaan tersebut telah melanggar beberapa buah kenderaan ketika dikejar sekumpulan lelaki bermotosikal.
Saksi yang juga perakam video mendakwa suspek telah menolak keluar seorang lelaki OKU daripada kenderaanya melalui pintu depan kiri selepas disamun di Jalan Changkat, Bukit Bintang.
Saksi kemudiannya mengejar suspek suspek ditahan orang awam.
BACA: Polis tahan penjawat awam pandu Myvi langgar empat kenderaan
Fareez Azman
Sat Dec 14 2019

Video yang tular di laman sosial sejak Jumaat mendapat perhatian netizen. - Gambar media sosial

Festival Muzik | Seorang maut selepas pentas roboh akibat angin
Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 17 yang lain cedera ketika menghadiri festival muzik di timur Sepanyol pada awal pagi Sabtu. Menurut pihak berkuasa, sebahagian daripada pentas roboh akibat angin kencang.

Peluang Pekerjaan | Bawa kerja kosong ke kawasan B40
Difahamkan, kira-kira 70 kekosongan jawatan ditawarkan dan semuanya dalam bidang hospitaliti. Malah lokasinya bukan hanya dekat Lembah Klang sahaja tetapi di Pulau Pinang serta Johor.

Pertandingan | Lebih 200 beruk bersaing petik kelapa
Bukan sahaja manusia yang menyertai pertandingan, sebaliknya binatang juga turut terlibat dalam mencari jaguh. Di Pasir Puteh, Kelantan, berlangsungnya pertandingan memetik kelapa bagi memilih beruk yang paling pantas.

Buli | Tidak wujud unsur gangsterisme di MRSM Kuantan - Polis
Siasatan awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendapati tidak wujud sebarang unsur gengsterisme dalam kejadian buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Hari Belia Negara | Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia
Kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap pandangan golongan anak muda atau belia serta mengiktiraf mereka sebagai rakan pembangunan strategik negara.

PRU15 | Sah! BN bakal bergerak solo
Barisan Nasional (BN) telah memuktamadkan keputusannya untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata parti itu sebulat suara membuat keputusan itu.

MAHA 2022 | Capai sasaran satu juta pengunjung
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung pada Sabtu. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang menjadikan penganjuran kali ini sangat meriah.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Ogos 2022.

Pelajar perempuan tingkatan 5 maut, rakan parah kemalangan dua motosikal
Seorang pelajar perempuan tingkatan lima maut manakala rakannya cedera parah setelah motosikal yang dinaiki mereka terbabit kemalangan.

10 Berita Pilihan - (13 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.

Gaduh angkara vape: Polis tahan 16 lelaki
Kes dipercayai berlaku akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka melibatkan penggunaan rokok elektronik.

Pemandu Myvi biru disahkan positif dadah
Pemandu Myvi yang ditahan berhubung insiden yang tular di laman sosial sejak semalam disahkan positif dadah.

Dua pekerja nyaris rentung dalam kebakaran kedai di Bukit Bintang
Sebuah kedai berhampiran restoran KFC di Jalan Bukit Bintang terbakar pagi tadi.

Dua lelaki ditahan menyamar sebagai anggota polis trafik
Dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis trafik ditahan polis di Jalan Bukit Bintang pada Selasa.

Siasatan insiden tanah mendap di Jalan Bukit Bintang sedang dijalankan
MRT Corp mulakan siasatan mengenai insiden paip air pecah hingga menyebabkan tanah mendap dan berlubang di siar kaki Jalan Bukit Bintang.

Tanah mendap baru ditemui di Bukit Bintang
Jalan sepanjang 500 meter di Jalan Bukit Bintang menghala Jalan Tun Razak akan terus ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemadatan tanah.

Hanya mendapan kecil di Bukit Bintang, tiada kereta yang jatuh - MRT
Mendapan tanah yang berlaku di sini pagi ini, menyebabkan Jalan Bukit Bintang (menghala ke Jalan Tun Razak) antara Chulan Square dan Menara Worldwide ditutup hari ini.