awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Myvi diserang sawan langgar empat pejalan kaki

Sinar Harian
Sinar Harian
15/06/2025
10:23 MYT
Pemandu Myvi diserang sawan langgar empat pejalan kaki
Seorang lelaki dipercayai diserang sawan sebelum kereta Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan di Jalan Kea Farm dekat Brinchang pada Ahad. -Sinar Harian
CAMERON HIGHLANDS: Seorang lelaki dipercayai diserang sawan sebelum kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan hingga terbabas dan melanggar empat pejalan kaki di Kilometer (KM) 68, Jalan Kea Farm dekat Brinchang pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki dipercayai diserang sawan sebelum kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbabas dan melanggar empat pejalan kaki di Jalan Kea Farm, Brinchang.
  • Mangsa terdiri daripada seorang lelaki dewasa dan tiga kanak-kanak perempuan yang mengalami kecederaan ringan dan telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.
  • Pemandu berusia 22 tahun disahkan mempunyai rekod penyakit sawan, ujian air kencing negatif, dan telah dikenakan saman; polis menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 24 tahun dan tiga kanak-kanak perempuan berusia 2, 8 dan 10 tahun.
Menurutnya, kesemua mangsa mengalami kecederaan dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini.
"Siasatan awal mendapati pemandu kereta berusia 22 tahun dari arah Brinchang menghala ke Kea Farm.
"Kereta yang dipandu telah hilang kawalan selepas pemandu terbabit dipercayai diserang penyakit sawan lalu terbabas masuk ke bahu jalan kiri dan melanggar beberapa pejalan kaki," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.
Jelas beliau, hasil siasatan mendapati pemandu tersebut tidak memiliki sebarang rekod saman dan hasil ujian saringan awal air kencing didapati negatif serta memiliki rekod penyakit sawan.
"Saman telah dikeluarkan kepada pemandu berkenaan dan kita meminta masyarakat untuk tidak sesekali menularkan maklumat tidak sahih," tambahnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#diserang sawan
#terbabas langgar empat pejalan kaki
#Jalan Kea Farm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan