awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan

Aida Aziz
Aida Aziz
10/12/2024
00:00 MYT
Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan
Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam nahas di Jalan Besar, Kampung Cina, Seri Manjung. - Foto JBPM Perak
MANJUNG: Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Besar, Kampung Cina, Seri Manjung di sini lewat malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.53 malam.
Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan Perodua Myvi.
"Terdapat dua orang mangsa lelaki terlibat. Mangsa yang cedera dari Mitsubishi Triton telah dikeluarkan oleh orang awam.
"Manakala seorang lagi yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjung menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang maut dan tersepit.
Setelah itu, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
Operasi membabitkan 10 orang anggota bomba itu tamat jam 1.08 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#meninggal dunia
#Myvi
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan