awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu Myvi putih rempuh dua kereta positif dadah

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2020
05:08 MYT
Pemandu Myvi putih rempuh dua kereta positif dadah
Pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, pada Sabtu didapati positif dadah. -PDRM
KUALA LUMPUR:Pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi, pada Sabtu didapati positif dadah.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, pemandu wanita berusia 23 tahun itu kini dalam tahanan polis.
"Saringan ujian air kencing mendapati wanita tersebut positif dadah dan dia telah ditahan," katanya dalam satu kenyataan.
Kemalangan terbabit tular di media sosial selepas kereta berkenaan hilang kawalan dan melambung sebelum merempuh dua kereta lain hingga terbalik.
Mohd Padzli berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan kira-kira 9 pagi itu berlaku apabila pemandu Perodua Myvi melanggar tembok pembahagi jalan sebelum merempuh Honda Accord dan Proton Iswara di persimpangan lampu isyarat menghala Plaza Pelangi.
Akibatnya, Perodua Myvi dan Honda Accord terbalik.
Pemandu Honda Accord berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Proton Iswara berusia 78 tahun pula cedera.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan
Topic Berkaitan
#Myvi
#positif dadah
#Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi
#Mohd Padzli Mohd Zain
#kemalangan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Honda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan