SHAH ALAM: Seorang pemandu cedera parah selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan di Jalan Glenmarie di sini, awal pagi Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 1.19 pagi.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dari Subang menghala Lebuhraya Persekutuan telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Pemandu berusia 20 tahun cedera parah selepas kenderaan berkenaan hilang kawalan dan terbabas.
"Kereta tersebut terputus dua dan bahagian hadapan terseret sejauh 50 meter manakala bahagian belakang terbakar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, mangsa yang parah dirawat oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) JBPM sebelum dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 27 2022
Kenderaan jenis Honda tersebut terputus dua selepas melanggar pembahagi jalan terbabit. -Foto Sinar Harian
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pemandu parah, kereta terbelah dua
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun dari Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan.