KUCHING: Seorang rentung apabila kereta dipandunya terbakar di Jalan Nyabor, Kabong kira-kira 100 kilometer (KM) dari bandar raya Sibu, lewat malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan satu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah digerakkan ke lokasi kejadian pada 11 malam.
"Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah kereta jenis Kia telah terbakar 100 peratus dan bomba dapat mengawal kebakaran pada 11.40 malam.
"Terdapat seorang mangsa telah rentung di dalam kereta tersebut dan identiti mangsa masih belum dapat dipastikan," katanya.
Jelasnya operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 11.50 malam dan pihak bomba telah menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022

Terdapat seorang mangsa telah rentung di dalam kereta tersebut dan identiti mangsa masih belum dapat dipastikan. - Foto Facebook/Mohamad Adam Iskandar

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan pasar
Mangsa ialah lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi
Peraturan itu bagi mengelak orang ramai daripada membeli minyak masak secara berlebihan.

Perang Ukraine | 14,000 orang awam terkorban - WHO
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dilihat sebagai salah satu daripada lapan kecemasan kesihatan global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam laporan yang dikeluarkan - krisis berkenaan mengorbankan lebih 14 ribu nyawa orang awam, 17.7 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan, dan 7.5 juta rakyat Ukraine menjadi pelarian ke seluruh Eropah.

Amerika Syarikat | Belon pengintip China ditembak jatuh
Amerika Syarikat dilaporkan telah menembak jatuh belon pengintip didakwa milik China yang melintasi ruang udara negara Uncle Sam itu pada Sabtu. Belon itu ditembak jatuh berhampiran pantai Holden Utara Carolina.

Peruntukan Kurang | Ahli parlimen perlu maksimum sumber bantu penduduk diwakili - Fahmi
Setiap ahli Parlimen perlu mengamalkan sikap berhemah selain memaksimumkan segala sumber yang ada untuk menyantuni keperluan rakyat di kawasan masing-masing di sebalik pengurangan peruntukan kerajaan kepada mereka. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata antaranya ahli Parlimen boleh berusaha mendapatkan bantuan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada rakan-rakan korporat mereka.

Kekurangan Sayur | LPP dan FAMA diarah lakukan intervensi segera
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah mengambil langkah intervensi segera bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur di pasaran ketika ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata untuk jangka panjang, kementerian akan mewujudkan sistem data raya bagi mendapatkan maklumat dalam masa sebenar tentang situasi bekalan sayuran di negara ini.

Banjir | Semua PPS di Pulau Pinang ditutup, mangsa di Johor, Sabah menurun
Banjir di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri itu ditutup sepenuhnya sementara jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun. Di Pulau Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata kesemua 59 mangsa banjir di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan dibenarkan pulang petang Sabtu.

COVID-19 | 202 kes baharu, satu kematian dilaporkan
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus kekal berada di bawah 500 kes untuk 28 hari berturut-turut. Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Jumaat kembali turun dengan 202 kes dilaporkan, berbanding 340 kes yang dicatatkan hari sebelumnya. Daripada jumlah itu, enam adalah kes import.

Kemalangan | Suami isteri maut, anak cedera kereta terbabas di LPT 2
Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak cedera selepas kenderaan pelbagai guna , MPV, yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik. Nahas berlaku di kilometer 274, Lebuh Raya Pantai Timur 2, LPT 2, berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh di Kemaman, Terengganu kira-kira jam 4.00 petang Sabtu.

Durian Menu Rahmah, hanya RM4.99 sebekas
Jualan yang dilakukan sebanyak 50 bekas berjaya dijual dalam masa 10 minit sahaja.

Lelaki Thailand hilang tiga hari lalu ditemukan lemas
Mayat Othman Sapie, 59, ditemukan jam 9.58 pagi pada jarak 800 meter dari lokasi dia dipercayai hilang.

Lima gerai di Medan Selera Sri Kendong terbakar
Dua unit gerai terbakar sepenuhnya manakala tiga lagi terbakar 80 peratus.

Ular sawa dua meter 'hadir' ke sekolah
Ular seberat 10 kilogram itu berada di dalam longkang berhampiran kelas pelajar darjah enam.

Rumah Panjang Bujang musnah 80 peratus dalam kebakaran
Malang tidak berbau, 39 keluarga hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.

Bomba selamatkan tiga beradik atas bumbung kereta
Mangsa memaklumkan pihak bomba bahawa kereta mereka hilang kawalan dan tergelincir masuk dalam kawasan air banjir.

Aktiviti perniagaan di Astaka Stadium Bandaraya dihentikan sementara
Tapak sementara akan disediakan kepada 18 peniaga yang terjejas bagi membolehkan mereka meneruskan perniagaan.

Lapan lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya terbakar
Kebakaran yang berlaku sekitar pukul 7.25 pagi itu mengakibatkan kesemua lot kedai itu mengalami 50 peratus kemusnahan.

'King' terbabas selepas langgar jentera bomba
Sebuah Perodua Myvi terbabas setelah melanggar jentera bomba sebelum melanggar sebuah lagi kenderaan lain.

Jeritan jiran selamatkan nyawa 17 penghuni
Jeritan seorang jiran berjaya menyelamatkan nyawa 17 penduduk dalam kebakaran di sebuah bangunan di Kampung Pemuda Jaya, Jalan Seelong-Senai di sini terbakar pada Isnin.

Pelanggan cemas gerai medan selera terbakar
Difahamkan peniaga cuba memadamkan api itu namun tidak berjaya dan terpaksa menghubungi pasukan bomba.