Seorang pemandu teksi hari ini dikenakan hukuman penjara tujuh tahun setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merompak seorang kerani, pada April tahun lepas.
Hakim Rozina Ayob memerintahkan R. Rajahsegaran, 29, menjalani hukuman penjara mulai hari ini selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dalam penghakimannya, Rozina berkata empat saksi pembelaan mempunyai kepentingan dan bermotif kerana kesemua mereka merupakan kenalan tertuduh dan tiada keterangan sokongan lain.
"Pengadu juga dapat mengecamkan Rajahsegaran dengan jelas oleh kerana kejadian tersebut berlaku pada waktu siang dan membolehkan mangsa melihat lelaki itu kerana tertuduh merupakan orang yang mengarahkan mangsa membuka kunci stereng kereta," katanya.
Rajahsegaran didakwa bersama dua orang lagi yang masih bebas, merompak kereta Toyota Avanza bernilai RM40,000 milik Norazihan Abdul Rani, 40, dengan bersenjatakan sebatang kayu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tempat letak kereta, Blok A, Pangsapuri Aman, Puchong Prima, Puchong, pada 7.20 pagi, 18 April lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, hakim membenarkan permohonan peguam Mohd Jamil Yaacob, yang mewakili tertuduh, supaya menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan kes itu selesai.
Mahkamah kemudian menaikkan jumlah jaminan daripada RM3,000 kepada RM20,000 dengan seorang penjamin.
Rajahsegaran juga diperintah melapor diri di balai polis berdekatan dengan kediamannya sebulan sekali sehingga selesai kes rayuan di Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dalira Din.
Bernama
Fri Jan 04 2013
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Banjir: Sukarelawan berbakti buat mangsa walau diri sendiri terjejas
Bagi sukarelawan meskipun rumah dan barangan sendiri 'ditelan' bah namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu mangsa terjejas termasuk membuka pusat pemindahan segera bagi memudahkan urusan mangsa.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Minat kendali jentera berat, ibu empat anak pilih pemandu bas sebagai kerjaya
Pernah diludah, dipekik dan dibaling botol oleh penumpang merupaka antara cabaran dihadapi Salfarina Muslim sebagai "Kapten Bas Rapid KL."
Kerani firma guaman didakwa pecah amanah
Seorang kerani firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM31,460 milik firma guaman itu, dua tahun lepas.
Kerani wanita rugi RM585,700 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani wanita "berputih mata" apabila menanggung kerugian sebanyak RM585,700 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Wanita rugi RM326,100 menjadi mangsa 'phone scam'
Mangsa yang bimbang ditahan pihak berkuasa telah membuat pemindahan wang simpanannya sebanyak RM326,100 ke enam akaun dipercayai milik "keldai akaun" sejak Julai hingga Ogos lepas.
Disangka dah jadi peguam, Fathia Latiff jelaskan pekerjaan sebenar
Disangka Dah Jadi Peguam, Fathia Latiff Jelaskan Pekerjaan Sebenarnya
Kes basikal lajak: Pengurusan kes bagi rayuan kerani ditetapkan 13 Okt
Tarikh baharu itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz hari ini.
Kerani syarikat jualan didenda RM4,500 miliki gambar dan video lucah
Tertuduh didakwa memiliki 80 gambar lucah, 163 video lucah dan 1 fail PDF lucah di dalam telefon bimbit miliknya.
Kerani rugi RM50,000 diperdaya Macau Scam
Seorang kerani kerugian kira-kira RM50,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank Isnin lepas.
Pecah amanah RM4 juta, kerani syarikat pembinaan ditahan
Seorang kerani wanita ditahan polis semalam dipercayai terlibat dengan kes pecah amanah syarikat pembinaan melibatkan kerugian RM4 juta.
Kerani rugi RM40,000 terpedaya janji manis di Facebook
Seorang kerani yang ditipu sindiket Parcel Scam kerugian RM40,000 akibat percaya dengan janji manis kenalan di Facebook Sabtu lalu.