Kebanyakan pemandu teksi pada masa ini membayangkan kewujudan sistem perkhidmatan e-hailing dilihat 'membunuh' kewujudan teksi.
Ia ditambah buruk apabila rata-rata pengguna memilih perkhimatan e-Hailing itu dengan alasan pemandu teksi ini mempunyai 'tabiat' buruk.
Kereta yang kurang bersih, pintu terkopak, kerusi berhabuk dan pemandu teksi merokok semasa membawa penumpang ke destinasi juga antara penyumbang pengguna memilih sistem e-Hailing.
Bagi pengguna, mereka mahu perkhidmatan yang lebih berbaloi memandangkan ada antara pemandu teksi yang tidak memberikan perkhidmatan setimpal terutamanya melibatkan bayaran.
BACA: Kerajaan tidak takut ugutan pemandu teksi - TPM Ahmad Zahid
BACA: Pemandu teksi anggap dianak tiri, minta enjin elektrik - Shamsubahrin
BACA: "Alahai, kenapalah pemandu teksi masih ditakuk lama?" - rungut netizen
Salah seorang pemandu yang ditemui, Zahiruddin Ali, 41 tahun percaya bahawa pemandu teksi masih ada harapan untuk terus relevan.
Katanya, pemandu teksi mahu atau tidak perlu sedar bahawa zaman sudah berubah dan hidup semakin mencabar dengan gangguan teknologi masa kini.
"Sekarang ni bukan saja nak dapat penumpang susah, nak isi gas pun susah. Saya terpaksa bekerja lebih 12 jam sehari untuk meneruskan hidup.
"Semalam, saya kerja 18 jam, hampir semua penumpang saya menggunakan perkhidmatan e-hailing. Malah jumlah trip yang saya dapat hanya dalam 40, dan nilainya lebih kurang RM150 memandangkan kebanyakannya pada jarak dekat," katanya yang sudah 24 tahun memandu teksi bagi menyara keluarga.
BACA: "Bukan dia boleh selam hati nurani semua pemandu teksi" - Alias
BACA: #Teksi4.0: Nilai siapa bantu siapa - Nancy
Jelas Zahiruddin, kadar caj yang dikenakan pemandu teksi sewajar dinilai semula dan tidak hanya menuding jari caj perkhidmatan e-hailing.
"Macam kami bila guna perkhidmatan e-hailing untuk dapatkan penumpang, caj 30 peratus tambang tetap dikenakan sama seperti pemandu lain (bukan teksi).
"Ia diburukkan lagi apabila kami (pemandu teksi) pada masa sama perlu membayar wang sewa teksi atau pinjaman teksi.
"Mungkin kalau pihak perkhidmatan e-hailing bersedia untuk kurangkan caj perkhidmatan kepada pemandu teksi, mungkin kepada hanya 10 peratus, kami akan lebih 'bernyawa'," jelasnya.
Beliau pada masa sama turut memberitahu, ada dalam kalangan pemandu teksi yang sedia untuk berubah, tetapi ramai yang 'terperangkap' dengan hutang kenderaan belum dilangsaikan.
"Setakat nak belajar cara menggunakan aplikasi, memang boleh. Lagipun kita memang sudah ramai yang pakai telefon pintar," katanya lagi.
Hilal Azmi
Sat Jan 13 2018
PEMANDU TEKSI: Sekarang ni bukan saja nak dapatkan penumpang susah, nak isi gas pun susah - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Pemandu teksi sedia berubah
Kebanyakan pemandu teksi pada masa ini membayangkan kewujudan sistem perkhidmatan e-hailing dilihat 'membunuh' kewujudan teksi