awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu tersepit treler bawa lebih 500 tong gas terbalik

Bernama
Bernama
23/01/2023
12:35 MYT
Pemandu tersepit treler bawa lebih 500 tong gas terbalik
Pemandu berusia 45 tahun itu tersepit di bahagian depan treler dan tong-tong gas bertaburan di atas jalan. - Gambar/ Bernama
JEMPOL: Sebuah treler membawa lebih 500 muatan tong gas kosong terbalik di Kilometer 17, Jalan Bahau-Rompin, dekat sini, 12.25 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kejadian berlaku semasa pemandu treler itu dalam perjalanan dari Bahau menghala ke depoh Melaka untuk pengambilan gas.
Katanya pemandu berusia 45 tahun itu tersepit di bahagian depan kenderaannya dan tong-tong gas bertaburan di atas jalan.
"Siasatan awal mendapati pemandu tersebut dipercayai gagal mengawal kenderaannya sehingga memasuki laluan bertentangan dan terus melanggar tebing jalan lalu terbalik dan melintang di tengah jalan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Hoo berkata mangsa, yang dipercayai patah tangan kanan dan kaki kanan, dikeluarkan oleh pasukan bomba dan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#treler terbalik
#tong gas
#Jempol
#bahau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan