awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi

Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/02/2026
05:30 MYT
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
Yusof dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra hari ini. - Foto Sinar Harian
JITRA: Seorang pemandu van warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang gadis di Napoh, bulan lalu.
Tertuduh, Yusof Senkonam, 60 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thai oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri.
Mengikut pertuduhan, Yusof didakwa memandu van jenis Toyota Hiace secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal jenis Modenas, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad, 22 tahun.
Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh, Jalan Alor Setar-Bukit Kayu Hitam, pada jam 10.30 malam, 15 Januari lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda minimum RM20,000 serta maksimum RM50,000, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Asyiqin Hedzir manakala tertuduh diwakili peguam, Zabedah Ahmad.
Nurul Asyiqin memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan dua orang penjamin warga Malaysia.
Bagaimanapun, Zabedah memohon mahkamah menetapkan jaminan minimum dan memohon pasport dilepaskan sementara kerana tertuduh akan menunaikan umrah pada 9 Februari.
Menurutnya, tertuduh juga merupakan seorang guru agama di kampungnya di Satun,Thailand selain menjawat jawatan di sana.
Katanya lagi, tertuduh turut menyara isteri dan tiga anak serta menghidap penyakit kencing manis.
Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 bersama dua penjamin warga Malaysia.
Mahkamah mengarahkan peguam tertuduh untuk membuat permohonan pelepasan pasport sementara untuk berangkat ke Tanah Suci.
Tertuduh juga tidak dibenarkan untuk memandu di negara ini sepanjang proses perbicaraan selain diarahkan melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 15 Mac depan bagi sebutan semula dan serahan dokumen.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah van yang melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh.
Kemalangan menyebabkan Fatin Nursyafikah dari Kampung Bukit Beruas meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#pemandu van Thailand
#van langgar lampu merah
#motosikal dirempuh van
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.