awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemangku Raja Pahang berangkat ke Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023

Bernama
Bernama
01/11/2023
16:31 MYT
Pemangku Raja Pahang berangkat ke Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 8.45 malam turut diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Ab Rahman. - Gambar Bernama
MELAKA: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023 di Muzium Kesultanan Melayu Melaka di Banda Hilir di sini malam ini.
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 8.45 malam turut diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Ab Rahman.
Turut mengiringi keberangkatan baginda adalah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Baginda turut berkenan menghadiri Santapan Diraja yang menyajikan menu kedua-dua negeri, antaranya asam pedas, patin bakar tempoyak, daging masak hitam dan sambal masak hitam pada festival berkenaan.
Ab Rauf, dalam ucapannya berkata Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023 merupakan program lintasan budaya antara kedua-dua negeri yang diadakan bersempena dengan Program Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Beliau berkata ia merupakan penghargaan rakyat Melaka terhadap Seri Paduka yang akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari tahun depan.
"Bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat Melaka, kami berasa bertuah dan amat bangga terhadap kebijaksanaan dan kewibawaan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai seorang raja apabila berjaya menyelesaikan banyak perihal membabitkan pentadbiran kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka.
"Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga bukan sahaja dikenali sebagai seorang raja yang sangat berjiwa rakyat, malah amat prihatin dalam memayungi usaha-usaha kebajikan dan kesejahteraan terhadap seluruh rakyat jelata," katanya.
Sementara itu, Wan Rosdy berkata Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023 memberi peluang kepada kedua-dua negeri untuk menyatukan kekayaan warisan budaya melibatkan kesenian, tarian tradisional, muzik dan makanan.
"Sebagai contohnya di Pahang kami mempunyai Tarian Gamelan, Tarian Piring dan Tarian Labi-Labi, Gendang Pahang, Joget Pahang serta masakan ikan patin tempoyak dan asam rong.
"Menerusi festival ini juga, ia merupakan satu platform iaitu kita dapat mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan menarik di kedua-dua negeri kepada rakyat jelata," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ikan patin tempoyak
#warisan budaya
#rakyat jelata
#daging masak hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan