SHAH ALAM: Pemansuhan permit import (AP) komoditi agromakanan bagi membantu mengurus cabaran dalam melonggarkan cengkaman kartel bukan langkah tergesa-gesa.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif bagi memastikan negara terhindar dari terputusnya stok bahan mentah makanan.
Tambahnya, kerajaan juga sudah mempunyai Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) bagi membincang dan melaporkan maklumat terkini termasuklah berkenaan isu kenaikan harga barang makanan, punca-punca dan langkah-langkah yang boleh diambil.
“Ini membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
“Selain faktor global yang menjadi punca terbesar, ternyata antara faktor lokal yang perlu dan boleh ditangani ialah soal kartel yang mengawal pasaran.
“Jika benar Datuk Seri Salahuddin juga mahukan harga barang terkawal dan memperjuangkan sekuriti makanan, seharusnya beliau menyokong usaha ini dan bukan melabelnya sebagai populis atau tergesa-gesa.
“Jauh sekali untuk menambah satu lagi jawatankuasa mengkaji perkara sama, kerana tidak berani bertindak,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, AP bekalan makanan tidak lagi diperlukan berkuat kuasa serta-merta dan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu bagi memastikan bekalan makanan di dalam negara mencukupi.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub menyelar langkah memansuhkan AP agromakanan (kecuali beras) yang diumumkan Perdana Menteri pada Rabu sebagai langkah populis dan dibuat dengan tergesa-gesa sebaliknya beliau minta ditubuhkan jawatankuasa untuk buat kajian sebelum mengambil langkah ini.
Dalam pada itu, Shahril berkata, isu kedaulatan makanan merupakan isu teras yang memerlukan penyelesaian menyeluruh.
Tambahnya, kerajaan bukan hanya melakukan satu langkah seperti pemansuhan AP, dan Perdana Menteri juga tidak pernah mendakwa bahawa ia dengan sendirinya boleh menyelesaikan semua cabaran yang sedang dihadapi.
“Pengumuman terbaru ini berdiri di samping pelbagai lagi dasar dan bantuan yang perlu terus dilaksana dan diperbaharui bagi menjamin bekalan makanan selain membela pengusaha tempatan supaya keluaran dalam negara dapat dirancakkan.
“Malah, selain pelbagai subsidi dan kawalan harga yang pernah diumumkan sebelum ini, semalam juga, PM mengumumkan bantuan RM200 selama enam bulan untuk pesawah,” ujarnya.
Tegas beliau, isu yang membelenggu seluruh dunia ialah kenaikan harga makanan dan setiap negara akan bertindak dengan kaedah masing-masing untuk meminimumkan impak.
“Ke arah itu, langkah terbaru kerajaan wajar dilihat dari kanta positif sebagai tindakan tegas cuba melaksanakan segala langkah yang mampu sebagai responsif kepada situasi semasa,” jelasnya.
*Berita asal di SInar Harian
Sinar Harian
Thu May 19 2022

SHAHRIL SUFIAN: Selain faktor global yang menjadi punca terbesar, ternyata antara faktor lokal yang perlu dan boleh ditangani ialah soal kartel yang mengawal pasaran. -Gambar fail

Polis akan panggil penganjur Himpunan Barang Naik
Kesemua individu berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dalam masa terdekat.

Rapid KL sahkan terima aduan gangguan seksual dalam tren
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pengadu menaiki tren berkenaan dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 7 malam.

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

BN mampu bergerak solo di Sabah - Najib
Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa gabungan itu mampu bergerak sendiri di Sabah.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Media mainkan peranan penting pastikan konteks sebenar berita tidak cetus ketegangan
Peranan media adalah amat penting bagi memastikan konteks sebenar sesuatu berita yang berpotensi menjadi pencetus ketegangan dapat disampaikan dengan baik.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

UMNO tidak boleh bergantung harap lagi kepada kasihan dan belas orang lain - Shahril Hamdan
Shahril menjelaskan UMNO perlu berdiri sendiri dan mesti yakin dengan visi untuk Malaysia.

PRN Johor: Undi anak muda tidak kenal erti setia pada parti - Shahril Hamdan
Keputusan untuk mendapatkan undi daripada kalangan anak muda negeri Johor amat bergantung kepada kebijaksanaan yang akan ditawarkan kepada mereka.

'Komentar Shahril sahkan Ahmad Zahid tak layak jadi calon PM'
Dakwaan itu dibuat Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan menerusi hantaran di Facebook.

PRN Johor bukan 'kad bebas dari penjara' - Shahril Sufian
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyangkal tuduhan bahawa PRN Johor merupakan 'kad untuk bebas dari penjara' bagi pemimpin UMNO yang digelar 'Kluster Mahkamah'.

KBS jalan sesi kelima libat urus bagi Visi Sukan Negara 2030
Sesi Kanvas VSN2030 menyentuh kepada cabaran pandemik COVID-19 terhadap industri sukan, perpaduan antara rakyat tanpa mengira kaum dalam program sukan dan inklusiviti dalam penganjuran aktiviti sukan.

Apa saja pendirian Pas, mereka tiada hasrat berpisah dengan UMNO - Shahril Hamdan
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan optimis bahawa Pas akan tetap memperkukuhkan hubungan dalam MN.

PAU2020 diharap noktahkan segala persoalan dalam UMNO - Shahril Sufian
Shahril Sufian Hamdan berharap segala masalah yang timbul dalam UMNO dapat dijernihkan sekali gus memperkukuhkan parti.

Persidangan Parlimen: UMNO sifatkan Agong utamakan prinsip Keluhuran Perlembagaan
Shahril Sufian Hamdan berkata setiap cabang sistem demokrasi negara perlu akur kepada prinsip Rukun Negara termasuk kerajaan (Eksekutif).