awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemansuhan hukuman mati: Keputusan kes bunuh jiran ditangguhkan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/05/2023
08:05 MYT
Pemansuhan hukuman mati: Keputusan kes bunuh jiran ditangguhkan
Mohamad Shaharudin Zakaria, 68, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Zaharah Khalid di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang Laut, Seri Manjung, Manjung sekitar pukul 8 malam pada 3 Mei 2020. - Gambar/ Astro AWANI
IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menangguhkan keputusan kes seorang lelaki warga emas yang didakwa membunuh jirannya berusia 77 tahun, kepada 23 Jun depan.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed berkata, beliau belum mendapat sebarang arahan dari Putrajaya selepas Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 diluluskan.
Ini kali kedua keputusan kes itu ditangguhkan selepas kali pertama ditangguhkan pada 30 Mac lalu.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Shaharudin Zakaria, 68, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Zaharah Khalid di sebuah rumah di Kampung Pasir Panjang Laut, Seri Manjung, Manjung sekitar pukul 8 malam pada 3 Mei 2020.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pada 12 April lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menangguhkan keputusan kes bunuh seorang ibu tunggal, yang dijadualkan hari tersebut kepada 16 Jun depan.
Pesuruhjaya Kehakiman Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membuat keputusan itu selepas menerima permohonan peguam tertuduh, Datuk Naran Singh.
Naran dalam permohonannya, memohon hukuman kes bunuh itu ditangguhkan sementara menunggu RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 digazetkan.
Permohonan itu juga tidak mendapat bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani.
Mengikut pertuduhan, tertuduh Mohd Nur Hussein Mohd Salleh, 40, didakwa membunuh Hamidah Abdul Rahman di sebuah rumah di Taman Dato Lew Yan Sip, antara jam 12.01 tengah malam hingga 5 pagi, 13 Mac 2017.
Pada 3 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan ia kemudiannya diluluskan Dewan Negara pada 11 April.
Topic Berkaitan
#Pemansuhan hukuman mati
#Mahkamah Tinggi
#status hukuman
#mahkamah tangguh hukuman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan