awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemantauan semasa tempoh PKPP diperketat - Polis Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2020
11:35 MYT
Pemantauan semasa tempoh PKPP diperketat - Polis Sarawak
Tambahnya, antara kesalahan pelanggaran SOP di sana termasuk pengabaian penggunaan pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal semasa sesuatu majlis keramaian diadakan. FOTO: Astro AWANI
KUCHING:Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperhebatkan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Sarawak.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar M.M Sree, langkah ini diambil susulan peningkatkan kes positif COVID-19 yang amat membimbangkan di negeri itu.
Katanya, walaupun kadar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di negeri itu adalah tinggi tetapi masih terdapat segelintir pihak mengambil ringan SOP COVID-19 terutama di luar bandar.
“Polis ingin memberi amaran tegas kepada orang ramai agar terus mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan kerana tempoh ini adalah tempoh yang agak penting bagi kita.
“Ini kerana kita masih berusaha sedaya upaya untukmengawal penularan wabak COVID-19 di negeri ini,” katanya.
Tambahnya, antara kesalahan pelanggaran SOP di sana termasuk pengabaian penggunaan pelitup muka dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal semasa sesuatu majlis keramaian diadakan.
Untuk itu, tiada perhimpunan di luar dibenarkan oleh pihak JPBN Sarawak buat masa ini dan hanya 50 peratus kehadiran dibenarkan sekiranya sesuatu majlis dianjurkan dalam dewan tertutup.
“Kita tidak membenarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan sebarang perhimpunan di luar.
“Tetapi bagi majlis di dalam sesuatu bangunan, pastikan ia hanya dihadiri oleh kapasiti 50 peratus dan amalkan penjarakan fizikal dan juga menggunakan pelitup muka, ini yang paling penting sekali, tambahnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media harian JPBN Sarawak di Kuching pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#Polis Diraja Malaysia
#PKPP
#Datuk Dev Kumar M M Sree
#JPBN Sarawak
#Kuching
#SOP
#pemantauan PKPP
#penguatkuasaan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan