awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
NASA bawa pulang kru ISS lebih awal akibat masalah kesihatan serius
Volvo bakal umum SUV elektrik EX60 dengan jarak perjalanan mencapai 810km
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemartabatan Bahasa Melayu perlu komitmen seluruh masyarakat - Anwar

Bernama
Bernama
12/06/2022
10:56 MYT
Pemartabatan Bahasa Melayu perlu komitmen seluruh masyarakat - Anwar
Kata Anwar, usaha memartabatkan bahasa kebangsaan akan meremehkan dan melemahkan penguasaan bahasa Inggeris adalah pandangan yang sangat meleset. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemartabatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan memerlukan komitmen seluruh anggota masyarakat.
Justeru beliau menyifatkan pandangan yang mengatakan bahawa usaha memartabatkan bahasa kebangsaan akan meremehkan dan melemahkan penguasaan bahasa Inggeris sebagai pandangan yang sangat meleset.
"Penguasaan bahasa baik Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Perancis atau Bahasa Tamil itu harus digalakkan bermula dengan paksi dan keutamaan Bahasa Melayu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Buku Kombo Merdeka 65 Tahun Sasterawan Negara A.Samad Said di Pesta Buka Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.
Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata beliau menyokong sepenuhnya langkah kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori baru-baru ini.
"Saya pastinya menyokong, saya mendukungnya kerana undang-undang sekarang memaksa hakim untuk menghukum tanpa ada pilihan, tetapi dengan pindaan ini memberi ruang kepada hakim menilai fakta dan undang-undangnya dan bukti untuk menjatuhkan hukuman," katanya.
Pada Jumaat, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#Anwar Ibrahim
#rakyat
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan