awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling di Perak masih tidak boleh dibanggakan - Pengarah JAS

Bernama
Bernama
16/11/2021
09:22 MYT
Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling di Perak masih tidak boleh dibanggakan - Pengarah JAS
Antara yang menghadiri Simposium Kuari dan Kilang Kelapa Sawit Lestari sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negeri Perak 2021 hari ini. - Bernama
IPOH: Pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) membabitkan pemain industri kuari dan kelapa sawit di negeri ini masih di tahap yang tidak boleh dibanggakan, kata Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak Rosli Zul.
Beliau berkata sepanjang tempoh hampir dua tahun ini sejak 2020, hanya 76 daripada 136 kilang kuari yang mempunyai kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) untuk beroperasi dan yang selebihnya telah beroperasi sebelum perundangan EIA berkuat kuasa.
"Pematuhan yang masih rendah, hanya 60 peratus sahaja untuk kuari dan ini tidak boleh dibanggakan. Untuk kilang kepala sawit, ada 45 kilang seluruh negeri ini dengan 50 peratus darinya tidak patuh kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
"Untuk penguatkuasaan dan tindakan, sebanyak 161 pelbagai kompaun dikeluarkan terhadap pemain industri kepala sawit dan 48 kompaun kepada pemain industri kuari seperti kesalahan buangan berjadual khususnya berkaitan pelabelan yang ditetapkan oleh perundangan sedia ada," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perasmian Simposium Kuari dan Kilang Kelapa Sawit Lestari sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin hari ini.
Rosli berkata pihaknya berharap statistik pematuhan ini dapat ditingkatkan kedua-dua pemain industri tersebut sebelum pihaknya dapat memberikan fokus serta tumpuan kepada pemain sektor lain membabitkan kilang sarung tangan getah, kilang batu kapur dan masjid lestari pada tahun depan.
Beliau berkata langkah ini untuk menjadikan Perak sebagai pusat rujukan kepada standard pematuhan kualiti alam sekeliling di peringkat kebangsaan selain memberi pengiktirafan kepada pemain-pemain industri yang mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Terdahulu dalam ucapan perasmian, Mohd Akmal berkata simposium dan bengkel khas ini penting dalam membincangkan langkah-langkah penambahbaikan selain mencari solusi dalam membimbing pihak kuari dan kilang kelapa sawit meningkatkan pematuhan undang-undang.
Katanya ini juga sekali gus melonjakkan imej industri ini sebagai penggerak kepada kelestarian alam sekitar dan impak sosial kepada komuniti atau masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kualiti Alam Sekeliling
#Jabatan Alam Sekitar
#Perak
#EIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan