KOTA KINABALU: Pematuhan penduduk Kampung Keramat di Semporna terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang masih rendah antara punca kes positif COVID-19 di lokaliti berkenaan.
Menteri Kerajaan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 10 kes positif COVID-19 daripada 101 ujian yang dijalankan di kampung itu.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 kerajaan negeri berkata, atas nasihat KKM, kerajaan negeri telah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti itu bermula 11 hingga 24 Mei ini.
"Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan kes COVID-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti tersebut," katanya menerusi kenyataan, di sini, malam tadi.
Masidi yang juga menteri kewangan negeri berkata sehingga kini seramai 56,237 orang telah menerima suntikan vaksin dos pertama bagi fasa satu manakala dos kedua seramai 50,065 orang, dan fasa dua pula seramai 27,613 telah menerima suntikan bagi dos satu.
"Manakala bilangan pendaftaran penerima vaksin hari ini sejumlah 1,613 menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar setakat ini sebanyak 480,621 orang," katanya.
Bernama
Sun May 09 2021
Masidi berkata kerajaan negeri bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti itu bermula 11 hingga 24 Mei ini. -Gambar fail
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Kontrak pembinaan jajaran LRT dari KOMTAR ke Penang Sentral melalui tender terbuka
Jelas Menteri Pengangkutan Anthony Loke strategi itu bertujuan menjana hasil bukan tambang (non fare revenue) tambahan yang penting untuk dilaburkan balik dalam penyelenggaraan LRT Pulau Pinang pada masa hadapan.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
[TERKINI] SPRM percaya pegawai polis ditahan tidak bergerak solo
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara mungkin tidak menjalankan aktiviti secara solo.
Agenda AWANI: Desak Israel patuh resolusi gencatan senjata UNSC
Sejauh mana boleh kita menjangkakan Israel akan patuh desakan untuk keamanan yang berkekalan di Gaza meskipun resolusi gencatan senjata UNSC sementara dalam tempoh dua minggu sahaja?
Diskusi 9 malam.
Diskusi 9 malam.
MRT Corp dilantik sebagai pemaju, pemilik Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, nilai kontrak dan butiran terperinci tertakluk kepada proses rundingan antara MRT Corp dan SRS yang perlu dimuktamadkan dalam tempoh masa 6 bulan
Kematian pelajar KV Lahad Datu: Reman 13 remaja lelaki disambung
Mahkamah Majistret membenarkan tempoh tahanan reman 13 remaja lelaki bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki kolej vokasional disambung hingga 4 April ini.
Pematuhan SOP rendah punca kes positif COVID-19 di Kampung Keramat - Masidi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 10 kes positif COVID-19 daripada 101 ujian yang dijalankan di kampung itu.