awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta

Bernama
Bernama
02/02/2026
07:00 MYT
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua, kanan) meninjau tapak projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C di Taman Wangi hari ini. - Foto Bernama
GUA MUSANG: Kerja-kerja pembaikan cerun di laluan FT185, Seksyen 107.6, Jalan Lojing-Gua Musang di sini dijangka bermula Mac depan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata pembinaan lencongan jalan sementara dilaksanakan terlebih dahulu agar laluan berkenaan dapat dibuka semula kepada pengguna.
"Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku pengarah projek diberi tanggungjawab untuk merancang, mengurus dan menyelia kerja-kerja penyenggaraan cerun terbabit.
"Pelaksanaan kontrak jangka panjang bagi kerja-kerja penyenggaraan cerun ini mencerminkam keprihatinan dan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus menambah baik kualiti infrastruktur jalan raya termasuk cerun demi keselesaan dan keselamatan pengguna," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas meninjau tapak projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JKR Kelantan Nik Badlihisham Nik Ismail.
Pada 3 Dis lepas, laluan terbabit terpaksa ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan akibat kejadian tanah runtuh.
Dalam perkembangan lain, Nanta berkata Kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan RM96 juta untuk menaik taraf Jalan Raya Timur Barat (JRTB) melibatkan jajaran di Kelantan.
Semalam, beliau dilapor berkata sebanyak RM350 juta diperuntuk untuk menaik taraf JRTB di Perak atau laluan FT004 di bawah Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi memastikan laluan itu lebih selamat, selesa dan berdaya tahan.
Kerja-kerja awalan untuk projek berkenaan boleh bermula tahun ini dan berharap sebahagiannya mula dilaksanakan secara fizikal tahun depan.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#pembaikan
#Jalan Lojing-Gua Musang
#Jabatan Kerja Raya
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan