KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Koridor disaran menerapkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam perancangan pembangunan serta pelaburan bagi melonjakkan kemampanan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pembangunan rendah karbon dan berdaya tahan juga perlu dipertingkat sebagai usaha untuk mengurangkan risiko bencana.
Jelas beliau, kerajaan akan menambah baik mekanisme ecological fiscal transfer (EFT) bagi menyokong usaha kerajaan negeri memelihara kawasan hutan.
“Peralihan kepada ekonomi kitaran perlu dipergiat bagi mengurangkan pencemaran, penjanaan sisa dan kebergantungan kepada sumber asli.
“Manakala, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kepelbagaian khazanah semula jadi negara hendaklah diteruskan.
“Di samping itu, bagi mewujudkan sinergi pembangunan yang bersepadu dan menangani keperluan pembangunan wilayah secara menyeluruh, pembangunan di lima koridor ekonomi wilayah akan terus diberi perhatian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Siri Webinar Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) Peranan Kerajaan Negeri Dan Pihak Berkuasa Koridor Dalam Pembangunan Wilayah Dan Negara.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata peranan Pihak Berkuasa Koridor akan dilibatkan dalam mempercepat pembangunan strategik di wilayah untuk mencapai pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan inklusif.
Katanya, tumpuan akan diberi kepada pelaksanaan projek yang berimpak tinggi untuk menarik pelaburan berkualiti di wilayah.
Ia sekaligus, akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan yang akan mengurangkan jurang sosioekonomi rentas wilayah dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat, tambah beliau,
Mustapa berkata lagi, dalam tempoh RMK-11 (2016 hingga 2020), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita nasional meningkat sebanyak 2.9 peratus setahun.
Namun begitu, wujud pengagihan yang tidak seimbang antara negeri dengan Wilayah Persekutuan , di mana lima negeri mencatat KDNK per kapita melebihi purata nasional sebanyak RM43,475 pada 2020.
“Wilayah Kuala Lumpur merekodkan pencapaian tertinggi sebanyak RM121,100. Selain itu, Kelantan, Sabah, Kedah dan Perlis mencatat KDNK per kapita yang rendah berikutan kebergantungan yang tinggi kepada sektor berasaskan komoditi.
“Kelantan mencatat KDNK per kapita terendah berjumlah RM14,096 dengan jurang sebanyak 67.6 peratus di bawah purata nasional," ujarnya,
Tambah Mustapa, jurang pembangunan antara wilayah juga terus melebar dengan Wilayah Tengah menyumbang sebanyak 46.9 peratus kepada KDNK Nasional.
Bagaimanapun, tegas beliau RMK-12 memberi tumpuan kepada usaha menangani ketidakseimbangan sosioekonomi dan menggalakkan pertumbuhan yang saksama antara wilayah.
Ini termasuk memanfaatkan sepenuhnya potensi ekonomi wilayah, membangunkan bandar yang mampan dan mentransformasi kawasan luar bandar bagi merapatkan jurang pembangunan.
Astro Awani
Mon Jan 17 2022

Jelas beliau, kerajaan akan menambah baik mekanisme "ecological fiscal transfer" bagi menyokong usaha kerajaan negeri memelihara kawasan hutan - Gambar fail

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland
Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

Keanggotaan NATO | Turki tetap bantah Sweden & Finland
Turki secara terbuka membantah bidaan Sweden dan Finland untuk menganggotai NATO. Presidennya, Recep Tayyip Erdogan bertegas akan kekal dengan pendirian itu.

Misi ke Marikh | NASA cari kewujudan makhluk asing di Marikh
Kenderaan robotik dilancarkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance mencapai detik penting dalam misi pencarian bukti kehidupan lampau di planet Marikh. Ia yang mendarat di planet merah pada Februari tahun lalu, bakal memulakan perjalanan mencari tapak sampel yang mungkin mengandungi kehidupan mikrob dan organik purba.

Krisis Ukraine | Bekalan makanan global terjejas akibat perang
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine kini menjejaskan bekalan makanan global. Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken mendakwa eksport Ukraine ke negara membangun terhenti, gara-gara penutupan Pelabuhan Laut Hitam.

Ekonomi suku kedua diunjur kukuh, di sebalik cabaran luaran - Mustapa
Pembukaan semula sempadan dijangka dapat memulihkan sektor pelancongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sejak Mac 2020.

Kadar inflasi 2.2 peratus pada Mac, dijangka terus meningkat - Mustapa
Angka tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat pada kadar 8.5 peratus dan Eropah 7.5 peratus.

Program BMTKM fasa pertama bermula pertengahan bulan ini - Mustapa
Pelaksanaan fasa pertama Program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) membabitkan 5,000 ketua isi rumah (KIR) di 80 lokaliti seluruh negara dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Kerajaan guna pendekatan holistik tangani miskin tegar - Mustapa
Pendekatan holisitik yang dimaksudkan merangkumi aspek kesihatan dan pendidikan.

Hapus miskin tegar menjelang akhir 2025 - Mustapa
Kerajaan mahu menghapuskan miskin tegar di negara ini menjelang akhir 2025 menerusi program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM).

Kerajaan pertimbang perkenal mekanisme subsidi minyak bersasar - Mustapa
Kerajaan berkemungkinan besar akan memperkenalkan mekanisme subsidi minyak bersasar bagi menampung impak kenaikan harga minyak mentah, terutamanya bagi kumpulan berpendapatan rendah.

RMK12: Projek pembangunan di Kelantan alami kelewatan - Mustapa
Projek pembangunan di Kelantan di bawah RMK12 mengalami kelewatan apabila hanya mencapai 14 peratus pelaksanaan dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM334 juta setakat Mac lepas.

Kos keseluruhan pembinaan kemudahan Sukma 2026 di Kelantan RM411 juta - Mustapa
Kerajaan telah meluluskan peruntukan RM276 juta bagi pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau di Pasir Puteh, termasuk infrastruktur lain.

Peralihan ke endemik, pembukaan sempadan bantu tingkatkan ekonomi negara
Fasa Peralihan ke Endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa jelas memberi kesan baik kepada ekonomi negara berbanding fasa pandemik sejak dua tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Ment

RM1 bilion untuk pulih, tambah pendapatan peneroka Felda
Sehingga kini, kerajaan telah meluluskan sebanyak 7,225 Projek PPP Felda di seluruh negara.