awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar luah kasih sayang kepada Wan Azizah

Seth Akmal
Seth Akmal
04/11/2025
04:55 MYT
PM Anwar luah kasih sayang kepada Wan Azizah
Hantaran tersebut mendapat lebih 100,000 tanda suka berserta komen dalam kalangan pengguna media sosial yang mendoakan kesejahteraan pasangan itu. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar meluahkan perasaan kasih dan sayang terhadap isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melalui Facebook rasminya hari ini.
Hantaran tersebut memaparkan sekeping gambar Wan Azizah menyentuh bahagian belakang tubuh badan Anwar ketika sedang berjalan menuju ke Dewan Rakyat.
“Di setiap langkah, ada tangan yang sentiasa memastikan saya tidak bersendirian,” ujarnya melalui kenyataan ringkas berserta tanda pagar #Tulangrusuk.
Difahamkan gambar tersebut dirakamkan sebelum sesi soal jawab bersama Perdana Menteri yang memberi fokus mengenai perlaksanaan subsidi RON95 (BUDI95).
Hantaran tersebut mendapat lebih 100,000 tanda suka berserta komen dalam kalangan pengguna media sosial yang mendoakan kesejahteraan pasangan itu.
Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan keadaan kesihatannya beransur pulih setelah dinasihatkan untuk berehat kerana mengalami sakit di bahagian tulang belakangnya.
Kesan daripada insiden tersebut menyebabkan beliau membatalkan lawatan kerja ke Pahang pada Ahad sejurus pulang daripada Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeongju, Korea Selatan pada 30 Oktober hingga 1 November.
Untuk rekod Anwar melangsungkan perkahwinannya dengan Dr Wan Azizah pada 26 Februari 1980 dan dikurniakan enam orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Wan Azizah Wan Ismail
#sakit belakang
#tulangrusuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan