awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan rumah mampu milik tidak melebihi RM250,000 - Amirudin

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
23/11/2018
11:37 MYT
Pembangunan rumah mampu milik tidak melebihi RM250,000 - Amirudin
Kerajaan Negeri mensasarkan pembinaan sebanyak 30 ribu rumah dalam masa lima tahun demi memenuhi cita-cita ini. - Foto BERNAMA
Inisiatif pendemokrasian perumahan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) akan dilaksanakan iaitu pembangunan 100 peratus rumah mampu milik di atas tanah milik agensi itu yang berharga tidak melebihi RM250,000.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, harga itu merupakan untuk rumah berkeluasan lebih 1,000 kaki persegi beserta dua parkir kereta dilengkapi perabot dan penghawa dingin di setiap bilik tidur.
"Setakat ini Lembaga Pengarah MBI telah meluluskan pembinaan sebanyak 5,000 unit di Bangi Lama (1,100), Sungai Sering Hulu Klang (2,500) dan Paya Jaras (1,400).
"Kerajaan Negeri mensasarkan pembinaan sebanyak 30 ribu rumah dalam masa lima tahun demi memenuhi cita-cita ini.
"Selain itu pembiayaan pinjaman 100% serta beberapa inisiatif lain bagi meringankan beban pembeli memiliki rumah idaman mereka. Antaranya, jumlah sewa bulanan yang berpatutan serta 20 peratus sewa menjadi simpanan," katanya semasa membentangkan Belanjawan Selangor 2019 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini.
Katanya, pembangunan Rumah Selangorku di lokasi yang strategik telah melepasi sasaran awal sebanyak 15,000 unit sepertimana yang ditetapkan menjelang 2018.
"Sehingga 31 Ogos 2018 sebanyak 28,639 unit telah pun dibina di mana 3,770 unit telah diserah kunci dan 24,869 kini dalam pembinaan yang mana ianya dijangka siap pada awal 2025 di mana penawaran telah dibuat.
"Bakinya 75,991 unit di mana 60 peratus di peringkat kebenaran merancang dan 40 peratus di peringkat Pelan Bangunan.
"Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk membatalkan kelulusan yang telah diberi sekiranya pemaju tidak memberikan kerjasama walaupun rundingan-rundingan telah dibuat selama 18 bulan selepas kelulusan diberi," katanya.
Selain projek Rumah Selangorku, Skim Smart-Sewa dan Skim CERIA turut menjadi antara program kerajaan negeri untuk membantu rakyat golongan muda memiliki rumah.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#MBI
#Menteri Besar Diperbadankan
#Menteri Besar Selangor
#perumahan
#rumah
#rumah mampu milik
#Rumah Selangorku
#Skim CERIA
#Skim Smart-Sewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan