KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,650 unit rumah gantian khusus bagi golongan B40 dibina menerusi Projek Penswastaan Pembangunan Semula Pangsapuri Kos Rendah Sri Pulau Pinang, Sri Melaka, Sri Johor dan Taman Ikan Emas di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, daripada jumlah itu, 859 milik individu manakala 4,791 lagi merupakan unit sewaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Projek di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan melalui kerjasama awam-swasta itu bertujuan menaik taraf kehidupan penduduk dengan persekitaran kediaman yang lebih selesa kerana setiap unit rumah sedia sudah menjangkau usia setengah abad, selain memiliki keluasan rumah yang kecil dan kekurangan fasiliti asas seperti lif, surau dan dewan.
"Unit baharu berkeluasan 850 kaki persegi itu turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti surau, tadika, dewan, unit kedai dan pejabat pengurusan," katanya dalam sidang media mengenai projek berkenaan selepas meluangkan masa kira-kira sejam melawat tapak dan memantau tahap kemajuan pelaksanaan projek itu, di sini, pada Selasa.
Dr Wan Azizah berkata, Projek Penswastaan Pembangunan Semula itu mempunyai dua fasa pelaksanaannya melibatkan kos sejumlah RM1.19 billion di atas kawasan berkeluasan 55.948 hektar (138.25 ekar).
"Fasa Satu yang membabitkan 1,192 unit, kini sedang dalam pelaksanaan termasuk kerja-kerja pengalihan utiliti bermula sejak Julai 2022, selepas penyelesaian isu-isu tanah yang mengambil masa beberapa tahun, dijangka siap 2026.
"Fasa Kedua pula akan bermula selepas penyiapan dan pembangunan Fasa Satu diserahkan kepada DBKL. Setiap fasa pembangunan mengambil masa selama empat tahun dan dijangka siap pada 2030," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Sub Zon Satu Pangsapuri Kos Rendah Parlimen Bandar Tun Razak, Hanafiah Md Amin bersyukur apabila projek pembangunan semula yang ditunggu-tunggu akhirnya tercapai.
"Alhamdulillah, akhirnya impian kami (penduduk) menjadi kenyataan, tambahan pula projek ini sebenarnya sudah lama dirancang iaitu sejak empat pilihan raya umum yang lepas. Kami sememangnya menanti-nantikan saat ini ," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023

Dr Wan Azizah berkata Projek Penswastaan Pembangunan Semula itu mempunyai dua fasa pelaksanaannya melibatkan kos sejumlah RM1.19 billion di atas kawasan berkeluasan 55.948 hektar (138.25 ekar). - Gambar Bernama

Pertemuan dengan AS: Perbincangan positif, satu lagi pertemuan bulan hadapan - Tengku Zafrul
Pertemuan dengan Jamieson Greer berlangsung dalam suasana positif, dengan fokus diberi terhadap membantu industri dan pengeksport Malaysia.
Seorang pelajar maut dalam insiden tikaman di sekolah di Perancis
Serangan itu berlaku di sekolah Notre-Dame-de-Toutes-Aides di Nantes pada petang Khamis, menurut laporan.
Pameran semangat ASEAN imbas sejarah penubuhan
Tindakan lanjut selepas laporan lengkap KSU KPM - KSN
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata reka bentuk bendera negara seharusnya dihasilkan dengan tangan dan kefahaman rakyat sendiri bukan bergantung sepenuhnya kepada teknologi kecerdasan buatan (AI).
Enam individu direman bantu siasatan kes tuntutan palsu
Perintah reman hingga 30 April ini dikeluarkan Majistret Muhammad Fadzlan Mohd Noor selepas menerima permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini pagi Khamis.
India gantung perjanjian perkongsian air dengan Pakistan
India pada Rabu menggantung perjanjian air yang berlangsung selama beberapa dekad dengan Pakistan, sehari selepas insiden tembakan oleh penyerang tidak dikenali terhadap pelancong di Kashmir.
Lelaki maut ditikam berebut kawasan minta sedekah
Hasil perbincangan delegasi Malaysia bersama AS
Lintas langsung dari Washington D.C bersama wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bagi membawakan perkembangan perbincangan mengenai isu tarif timbal balik antara delegasi Malaysia bersama Amerika Syarikat.
Perbincangan positif, satu lagi pertemuan bulan depan
Bagaimanapun, Tengku Zafrul tidak memberikan perincian mengenai tawaran Malaysia berhubung isu tarif bagi mengimbangi defisit perdagangan antara Malaysia dan AS.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 April 2025.

Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa.

Pembangunan semula pangsapuri di Cheras babit lebih 5,000 unit
Rumah gantian khusus bagi golongan B40 dibina menerusi Projek Penswastaan Pembangunan Semula Pangsapuri Kos Rendah Sri Pulau Pinang, Sri Melaka, Sri Johor dan Taman Ikan Emas.