awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 15 negeri AS, Washington DC isytihar darurat menjelang ribut musim sejuk
PRK Kinabatangan: Peti undi SK Inarad terawal tiba di pusat penjumlahan rasmi
Kesatuan Pekerja Hyundai bantah penggunaan robot Atlas di kilang pengeluaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu kedai makan rugi lebih RM70,000 ditipu sindiket kerja sambilan

Bernama
Bernama
09/12/2025
03:30 MYT
Pembantu kedai makan rugi lebih RM70,000 ditipu sindiket kerja sambilan
Mangsa telah membuat pembayaran berjumlah RM77,889 ke enam akaun berbeza secara berperingkat bermula 16 Okt hingga 26 Nov lepas.
KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu kedai makan kerugian RM77,889 selepas diperdaya sindiket penipuan pekerjaan sambilan di dalam talian.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 34 tahun itu ditawarkan pekerjaan berkenaan melalui aplikasi WhatsApp pada 4 Okt lepas oleh seorang individu yang dikenali di laman sosial.
Beliau berkata suspek menawarkan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus bagi setiap jualan pakaian dan aksesori wanita dengan mangsa yang terdesak untuk mencari wang tambahan bersetuju sebelum diarah mendaftar di sebuah aplikasi sebagai penjual.
"Mangsa telah menerima beberapa pesanan dari pelanggan di aplikasi berkenaan, namun dia diminta membuat bayaran yuran proses terlebih dahulu dan wang berkenaan akan dikembalikan semula berserta pulangan keuntungan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa telah membuat pembayaran berjumlah RM77,889 ke enam akaun berbeza secara berperingkat bermula 16 Okt hingga 26 Nov lepas menggunakan wang simpanan dan pinjaman daripada kenalan serta saudara-mara.
Beliau berkata lelaki itu menyedari ditipu setelah tidak menerima pulangan keuntungan yang dijanjikan dan mangsa membuat laporan pada 4.10 petang semalam dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan pekerjaan sambilan
#pembantu kedai makan
#rugi
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan