MALAYSIA
Pembantu tadbir didakwa aib kehormatan pelajar 'intern'

Mohamad Aznee Osman, 37, didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa berumur 23 tahun di sebuah pejabat kerajaan di sini pada 1.58 petang, 4 April lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadbir di jabatan kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengaibkan seorang pelajar wanita institusi pengajian tinggi yang sedang menjalani latihan industri, tiga bulan lepas.
Ringkasan AI
- Seorang pembantu tadbir berusia 37 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengaibkan pelajar wanita berumur 23 tahun yang sedang menjalani latihan industri di sebuah pejabat kerajaan pada 4 April lalu.
- Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan dibenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin; mahkamah menetapkan 3 September untuk sebutan kes dan melarang tertuduh mengganggu mangsa.
- Tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan tanggungan keluarga termasuk anak OKU, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Insp M Alli Nangai.
Pegawai Pendakwa Insp M Alli Nangai menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun Mohamad Aznee yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan dengan alasan dia menanggung keluarga dan isteri tidak bekerja.
"Saya merupakan kakitangan awam yang memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan. Saya mempunyai tiga anak yang masih bersekolah dan seorang daripadanya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU)," katanya.
Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan sekiranya ada aduan, jaminan boleh ditarik balik.
Mahkamah menetapkan 3 Sept ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami